
Polis Tawar Diskaun 50 Peratus Saman Trafik Sempena Krismas
Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.
Khabar baik kepada sempena musim perayaan Krismas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelbagai jenis saman trafik yang terpilih.
PDRM menerusi satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Kepada pengguna jalan raya yang ingin membayar saman, boleh mengambil peluang potongan ini kecuali bagi saman:
- Saman kemalangan
- Saman berstatus NC (No Compoundable)
- Saman berstatus waran tahun semasa
- Saman dalam perbicaraan
- Saman ops selamat tahun semasa
- Saman berstatus mahkamah
- Saman berkaitan lori

Jangan lupa ambil peluang ini untuk membayar saman anda pada kadar yang kurang ‘menyakitkan’.
Trending now



