
Polis Tampil Jelaskan Isu Tular Ambulans Berhenti Beri Laluan Kepada VIP
Tular sebuah video tular yang memaparkan sebuah ambulans perlu berhenti bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang dipercayai orang kenamaan (VIP).
Menerusi video tersebut, kelihatan ambulans terpaksa menunggu giliran dengan memberi laluan kepada kenderaan VIP beserta pengiring kenderaan walaupun jelas kedengaran bunyi siren ambulans.
Tindakan rombongan VIP itu telah mengundang kritikan orang ramai kerana tidak memberikan laluan terlebih dahulu kepada ambulans yang sewajarnya diutamakan dalam situasi kecemasan.
Melihat isu tular itu, pihak polis mengeluarkan kenyataan memberitahu rombongan VIP itu melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon bersama kenderaan pengiring di Hulu Langat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Supt. Azman Shari’at, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam di persimpangan jalan di Hulu Langat.
Dalam kenyataan tersebut, polis engesahkan video tersebut dan mengatakan penilaian awal telah dibuat sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.
Kata Azman, jika kenderaan terbabit tidak diarah berhenti dan diberi keutamaan, ia akan mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna lain di jalan raya berkenaan.
“Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan.
“Tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan spt membawa pesakit dan anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan tersebut utk tempoh masa yg singat: Ketua JSPT Selangor pic.twitter.com/50MjrbTYjh
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 27, 2021