Israel Serbu Pusat COVID-19 Palestin

Polis Israel Serbu Pusat Ujian COVID-19 Penduduk Palestin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rejim Israel yang baru-baru ini memusnahkan klinik khas pesakit COVID-19 Palestin sekali lagi berlaku kejam dengan menyerbu pusat ujian saringan mereka.

Polis Israel bertindak menyerbu pusat ujian saringan COVID-19 di Silwan pada Selasa. Pegawai polis telah menyoal siasat dan menahan empat aktivis yang terbabit membangunkan pusat ujian itu.

Pengurus yang mengendalikan pusat berkenaan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin (PA) berkata, mereka kekurangan kit ujian selain seramai 40 orang telah disahkan dijangkiti dengan COVID-19.

Rejim Israel melarang PA menganjurkan sebarang kegiatan di Baitulmaqdis, termasuk mengharamkan mereka daripada mencegah COVID-19 di wilayah yang diduduki.

Bagaimanapun, rejim Zionis pada dua minggu lalu hanya menggalakkan pasukan PA bersenjata bertindak balas terhadap serangan yang dilakukan di Baitulmaqdis.

Seorang penduduk, Farhi Abu Diab yang kesal dengan tindakan itu berkata, rejim Zionis dijangka memburukkan lagi keadaan apabila tibanya bulan Ramadan.

Katanya, penduduk Palestin terpaksa berhadapan dengan dua malapetaka iaitu rejim Zionis dan COVID-19.

Walaupun tidak ada penjelasan dari pihak polis Israel, akhbar harian Haaretz menulis bahawa klinik tersebut ditutup dengan alasan bahawa alat ujian COVID-19 disediakan oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Israel Serbu Pusat COVID-19 Palestin

Farhi memberitahu Haaretz berkata, “Pentadbiran Israel tidak menolong kami. Dan itu tidak membenarkan kami menerima bantuan daripada orang lain.

Pihak Berkuasa Palestin mendakwa Israel menyembunyikan kes COVID-19 di Jerusalem timur. Belum ada maklumat yang jelas oleh Kementerian Kesihatan Israel mengenai kes di wilayah itu.

Isnin lalu, pemimpin Yahudi di Baitulmaqdis, Moshe Leon dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Israel membuka pusat ujian di Silwan, namun ujian saringan hanya dapat dilakukan oleh penduduk haram Israel sahaja.

Dalam keadaan sebegini, Israel masih menindas penduduk Palestin. Terdahulu, mereka bertindak menyembur bahan kimia toksik dan racun perosak di ladang berhampiran pagar sempadan di timur Bandar Gaza.

Israel Serbu Pusat COVID-19 Palestin

Pusat Hak Asasi al-Mezan mengatakan pihak berkuasa Israel sengaja mengambil kesempatan atas krisis global COVID-19 bagi memusnahkan tanaman di sana selain penduduk terus dikawal oleh rejim tersebut.

Sumber: Daily Sabah