
Polis India Heret Penduduk Degil Langgar Perintah Berkurung Naik Ambulan Pesakit COVID-19
Tidak hanya di Malaysia, isu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun perintah berkurung memang berlaku di seluruh negara, termasuklah di India yang menyebabkan polis India terpaksa mengambil langkah drastik yang lebih menekan psikologi pesalah.
Di India, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan pada 25 Mac lalu, pihak polis terpaksa mengambil langkah ‘kejam’ menakutkan penduduk yang masih berdegil dengan beberapa denda drastik, antaranya menyuruh mereka melakukan ketuk ketampi dan mengenakan hukuman sebatan.
Walaupun begitu, hukuman berkenaan masih lagi tidak dapat menakutkan penduduk sehingga ada pihak polis yang terpaksa bertindak lebih kejam dengan mengheret pesalah menaiki ambulan yang membawa pesakit COVID-19.
BACA: Cara India Kenakan Denda Perintah Berkurung, Tulis ‘Maaf’ 500 Kali
Namun, pesakit COVID-19 itu bukanlah pesakit yang memang menghidap penyakit COVID-19, sebaliknya hanya berlakon sebagai individu yang mempunyai simptom-simptom berkenaan.
Menurut satu perkongsian video di Twitter, langkah ini telah menyebabkan pesalah ketakutan sehingga meronta-ronta cuba menyelamatkan diri keluar dari ambulan namun ditahan oleh polis India yang berada di situ.
Police in India rounded up people in the street and put them in an ambulance with a fake Corona virus patient just to bring reality closer to home. It worked wonders! pic.twitter.com/WtQlkBmurO
— African (@ali_naka) April 25, 2020
Iyalah, siapa yang tidak takut jika diperlakukan sebegitu. Pastinya mereka tidak akan mengulangi lagi kesalahan mengingkari perintah kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Terdahulu, India mengenakan perintah total lockdown selama 21 hari berikutan daripada lebih satu juta penduduk dijangka positif COVID-19 menjelang pertengahan Mei dan menutup semua perjalanan udara, kereta api, perniagaan dan sekolah.
Namun perintah yang dikuatkuasakan empat jam selepas pengumuman dibuat menyebabkan berjuta-juta rakyat India berdepan satu krisis kemanusiaan yang besar ditambah pula dengan pengamalan sistem kasta yang kuat di sana.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Twitter