Polis Filipina Berbadan Gendut Tiada Peluang Kenaikan Pangkat

Tiada Kenaikan Pangkat Polis Gendut Filipina
Sumber: Manila Report

Menjadi anggota berpakaian seragam seperti polis seeloknya ukuran badan yang seimbang kerana membolehkan seseorang anggota memberi perkhidmatan lebih cekap dan efisien.

Disebabkan saiz menjadi ukuran penting, anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di Filipina tiada peluang untuk menikmati kenaikan pangkat.

Menurut jurucakap Polis Kebangsaan Filipina (PNP), sebanyak 36% anggota polis di negara itu berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan, manakala 10% lagi dalam kategori obesiti.

Justeru, demi membendung masalah ini, mereka yang gagal mencapai berat badan ideal indeks jisim badan (BMI) mengikut umur dan ketinggian tiada peluang untuk kenaikan pangkat.

Mereka yang berbadan gendut dan ingin menurunkan berat badan tidak dikenakan tempoh tertentu tetapi harus menunjukkan kesungguhan dan perubahan ketara.

Ketika ini, terdapat 180,300 anggota polis bertugas di seluruh Filipina. Saranan itu disambut oleh Ketua Polis Metro Manila, Mejar Jeneral Debold Sinas yang turut mendaftar diri secara sukarela dalam program menurunkan berat badan.

Tiada Kenaikan Pangkat Polis Gendut Filipina
Sumber: Newsline.PH

Saranan ini juga pernah dibuat oleh pasukan polis Malaysia sebelum ini yang mana semua pegawai dan anggota polis berdepan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat jika mempunyai berat badan yang berlebihan.

Sumber: Inquirer