IMG_0086

Polis Evo 3: Aksi dan Komedi Tanpa Henti dengan Jalan Cerita Padat dan Barisan Pelakon Hebat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem francais blockbuster Malaysia, Polis Evo, kini bersiap-sedia untuk bertemu penonton melalui sekuel terbarunya, Polis Evo 3 di 165 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei mulai 25 Mei.

Pelancaran filem produksi Astro Shaw yang bekerjasama dengan Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut baik oleh penonton setelah treler rasmi dilancarkan bulan lalu.

Artikel berkaitan:

DNA Polis Evo

Tidak hanya menjadi filem yang berjaya mencetak sejarah dalam meningkatkan kredibeliti pihak polis negara, Polis Evo 3 tetap mempertahankan DNA dan elemen dari Polis Evo pertama (2015) dan Polis Evo 2 (2018) iaitu aksi komedi dan penuh dengan aksi mendebarkan.

Dengan pengalaman daripada pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 berjanji untuk memberikan kualiti filem yang sebanding dengan filem antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan unik bagi penonton.

Para pelakon Polis Evo 3

Salah satu kekuatan Polis Evo 3 adalah gabungan dari pelakon yang hebat yang mampu membawa setiap watak.

Jika sebelumnya watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua, kali ini skuad Polis Evo diperluas dengan watak-watak baru yang memiliki kepakaran masing-masing.

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan peledak; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) adalah pakar penembak tepat; Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus pada akses data teknologi; ACP Farouk (Fauzi Nawawi) adalah ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik khas. Sementara itu, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawa watak antagonis, Reza yang digeruni.

IMG_0094

Istimewa untuk Polis Evo 3 kali ini turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor.

Filem ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Dato’ Afdlin Shauki.

Sinopsis Polis Evo 3

Polis Evo 3 menceritakan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka diperkuat dengan kehadiran Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang memiliki kepakaran masing-masing.

Situasi menjadi lebih rumit apabila sasaran berikutnya merupakan Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji ketika mereka menyedari bahawa suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Rekod Polis Evo (2015) dan Polis Evo 2 (2018)

Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem lokal pertama yang menembusi kutipan box office lebih dari RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office sebanyak RM23 juta. Kesemua francais merupakan hasil di bawah rumah produksi BlackFlag.

Tiket filem Polis Evo 3 sudah bisa dibeli sejak 11 Mei 2023 di bioskop di seluruh negara. Penonton juga bisa menjadi penonton awal yang menonton film ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023, yaitu sehari sebelum tanggal tayang resmi film.

Polis Evo Official Poster

Lagu tema yang berjudul AYUH adalah ciptaan komposer rap terkenal, Malique bekerjasama dengan Adeep Nahar dan Zizan Razak. Lagu ini juga menjadi lagu tema Astro Shaw yang diputar secara eksklusif di stesen radio Astro dan platform digital mulai 11 Mei 2023.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.