
PM Beri ‘Hint’ Langkah Yang Akan Diambil Jika Kes Positif Terus Meningkat
PM beri hint langkah yang akan diambil jika kes terus meningkat.
Sudah 125 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bermula dengan PKP diikuti dengan PKP Bersyarat (PKPKB) kemudian PKP Pemulihan, dan hanya tinggal 42 hari lagi untuk pelaksanaan PKPP ditamatkan (31 Ogos).
Sejak 21 Jun lalu, kes yang dicatatkan pada setiap hari tidak pernah mencecah 20 kes. Lihat Corona Tracker Malaysia di sini.

Namun hari ini sejarah hitam tercatat semula apabila 21 kes positif dicatatkan dengan dua kes sembuh dan sifar korban.
#COVID19 Kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan trend meningkat.
Orang ramai dinasihat tidak ambil mudah bagi mengelak tindakan lebih tegas termasuk melaksana kembali Perintah Berkurung.
Cukuplah tiga bulan… pic.twitter.com/w0EK2Fp6dg
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 20, 2020
Terkini #covid19malaysia, 20 Julai
Kes sembuh= 2
Jumlah kes sembuh= 8,555
Kes positif= 21
(kes import=6, kes tempatan=15)
Jumlah positif= 8,800
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 123
Kes dirawat di ICU= 3
Bantuan Alat Pernafasan= 1 pic.twitter.com/glqQwglpNx— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 20, 2020
Dalam sidang media hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan beberapa hint mengenai langkah yang akan diambil sekiranya kes positif mencatatkan peningkatan mendadak.
Antara yang paling besar adalah pelaksanaan semula PKP yang mana ianya akan memberikan kesan besar kepada ekonomi negara akibat daripada penutupan sektor-sektor ekonomi.
Susulan daripada penutupan ekonomi negara, maka negara akan mencatatkan kerugian sekitar RM2 bilion sehari, selain berlakunya peningkatan bilangan pengangguran semula.
Malah kerajaan kini sedang dalam pertimbangan mewajibkan semula pemakaian topeng muka sebagai langkah pencegahan penularan.
BACA: Ini Syarat Mudah Untuk Anda Guna Semula Topeng Penutup Muka Sebagai Langkah Berjimat
Setakat ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP yang sebanyak enam fasa iaitu:
Fasa 1: 18 – 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 – 14 April 2020
Fasa 3: 15 – 28 April 2020
Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKP Bersyarat – PKPB): 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKP Pemulihan – PKPP): 10 Jun – 31 Ogos 2020
Tonton video penuh sidang media perutusan Perdana Menteri pada 20 Julai.