Pengurangan Kadar Tol

PLUS Perkenal Sistem TnG RFID Bermula 1 Jan 2020 Di 10 Plaza Tol Terbuka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

CIMB Group Holdings Bhd dan PLUS Malaysia mengumumkan persetujuan mereka untuk bekerjasama dalam menyediakan pilihan pembayaran kepada pengguna lebuh raya PLUS di seluruh negara menggunakan Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

BACA: Taikun Malaysia Tawar Bidaan Paling Tinggi, RM5.2 Bilion Untuk Beli Semula PLUS

Menerusi inisiatif yang diuruskan oleh Touch n’ Go Sdn Bhd (TnG) ini, pengguna akan menikmati pengalaman pembayaran tol dengan lebih lancar dengan pengenalan konsep ‘Open Payment’ yang membolehkan pengguna memilih untuk menyambungkan TnG RFID dengan akaun bank, kredit kad, debit dan TnG e-dompet.

Bakal disediakan di 10 buah plaza tol PLUS bersistem terbuka sebagai permulaan pada 1 Januari 2020 diikuti dengan 83 buah plaza tol bersistem tertutup pada 1 April 2020.

Sistem Bayaran Tol PLUS
Sumber: Amanz

Merupakan satu evolusi dalam sistem pembayaran tol, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Zafrul Aziz melihat inisiatif ini sebagai satu inovasi dalam memberikan kepuasan dengan menawarkan penyelesaian dan keberkesanan kepada pengguna lebuh raya untuk lebih selesa memilih.

Manakala Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula memberitahu cara pembayaran lain juga akan dipertimbangkan sejajar dengan kemahuan untuk setiap kemudahan serta relevan dengan kehendak pasaran.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1728781213921754?__xts__[0]=68.ARAziSLQ0wO3hJKgGVs7Sd3eI0uWQ4iZmT0vC7O7xpOfaXMtbprgY42oXk3TiwX9sUA2zuovjRGDd70HrHuqZnS0V3caIVIp4aB6K3qIKTXzsVecil5DrtnZC8yIqu0X7efzVO8MUvRDKVN32yCBTUotMnykKIuHtPvvwwlVz1ULqRrtfHw3t9m7w4CuZzpnOtAV1YiHG_5ie6a_YMaoEudmdQOqPx-CIFDQbGmhhrixLYal2Q8NiUmVohVIle2eIsUWx1Na3O3aZlLMVC684zmyEO7p0H8vO4Yanczgs49oUXki4E0N1icX3YDmMSkAIal87kSsZXocLYi2HvoCTL7UbsDN&__tn__=-R

Awal November lalu, netizen telah melancarkan kempen #MansuhTouchnGo sebagai cara membantah cara syarikat yang terbabit kerana mengamalkan monopoli dan tidak menghiraukan aduan pengguna dengan mengenakan caj bayaran tambahan yang dikenakan semasa mahu menambah nilai kad Touch n’ Go.

BACA: Surcaj Parkir Touch ‘n Go Sedia Dihapuskan – KPDNHEP

Plaza tol bersistem terbuka: Sistem bayaran tol dengan kadar tetap berdasarkan kelas kenderaan.

Plaza tol bersistem tertutup: Sistem bayaran tol berdasarkan kelas kenderaan dan jarak perjalanan.

Sumber: Berita Harian

 

Trivia terminator.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.