Body Shaming Shazwan Azfar 5

Plot Twist Isu ‘Body Shaming’ Buktikan Bahawa Sebenarnya Bumi Itu Bulat – Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) pada Isnin lalu masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Mengupas topik ‘body shaming’, ketiga-tiga panel yang dijemput adalah individu yang pernah dimalukan di media sosial.

Yang menjadikan isu tersebut tular adalah kerana salah seorang daripada panel jemputan iaitu Azfar Firdaus pernah menjadi mangsa buli siber kepada salah seorang panel jemputan lain iaitu Shazwan Zafran yang juga dikenali sebagai Abang Sado.

Azfar yang juga model penghidap Albino pernah menjadi mangsa ciapan Shazwan ketika isu remaja albino di Burundi diburu dan dikerat anggota badannya untuk ritual sihir.

Body Shaming Shazwan Azfar

Tidak lama selepas itu, ciapan lama Azfar pula ditularkan warga Twitter iaitu Azfar turut pernah melakukan buli siber pada seorang personaliti media sosial, Arlina yang pernah cuba melakukan cubaan bunuh diri namun sudah melakukan permohonan maaf.

Body Shaming Shazwan Azfar 1

Jelas Azfar, beliau tidak akan menafikan kesalahan lampaunya, namun akan sentiasa belajar daripadanya dan mengharap apa yang beliau lakukan sekarang boleh mengurangkan kesalahan lampaunya.

Body Shaming Shazwan Azfar 2

Ini pula respon Arlina mengenai panel jemputan MHI itu.

Body Shaming Shazwan Azfar 3

Ironinya, selepas rentetan kes body shaming ini, satu akaun Twitter yang menggunakan nama @BudiCitawan mendakwa beliau juga pernah menjadi ‘mangsa buli’ Arlina disebabkan pendapatnya mengenai feminism.

Body Shaming Shazwan Azfar 4

Disebabkan hal ini, ramai pengguna media sosial serta netizen berpendapat bahawa mereka yang pernah menjadi mangsa pada hari ini sebenarnya merupakan pemangsa pada suatu ketika dahulu dan ini berjaya membuktikan bahawa ‘bumi ini bulat’ kerana kitaran tersebut.

Untuk pengetahuan anda, body shaming kini sudah diiktiraf sebagai salah satu jenayah siber yang boleh menyebabkan anda didenda di bawah Akta Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mana jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau pun kedua-duanya sekali.

BACA: Hentikan ‘Body Shaming’ Jika Tidak Mahu Dipenjara Dan Denda RM50,000

Semoga plot twist kisah ketiga-tiga tweetfamous ini berjaya membuka mata anda bahawa jika hari ini anda pernah disakiti, mungkin pada suatu ketika dahulu anda pernah menyakiti orang lain.

Untuk jalan selamat, jangan pernah melakukan sesuatu yang boleh mencederakan orang lain, sama ada daripada segi emosi atau pun fizikal.

Sekiro Die Twice bawa tema eraSengoku.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI