
Plot Siri Thriller Thailand ‘Sleepless Society’ Curi Perhatian
Plot Siri Thriller Thailand ‘Sleepless Society’ Curi Perhatian
Pada pertengahan 2019, industri filem/drama Thailand mencuri perhatian ramai apabila hadir dengan siri Sleepless Night pertama bertajuk Nyctophobia yang mengisahkan mengenai seorang wanita, Meena yang mengalami ketakutan melampau (nyctophobia) selepas kematian anaknya.

Namun pada satu hari, tiba-tiba seorang budak lelaki muncul secara misteri dan memberitahu Meena bahawa dia adalah yang anaknya yang sudah meninggal.
Dengan genre thriller, misteri dan seram, siri Sleepless Society ini diteruskan dengan tajuk Bedtime Wishes yang mengisahkan mengenai Nara yang mengunjungi sebuah resort milik teman lelakinya, Rain.

Namun sepanjang di sana banyak peristiwa aneh yang berlaku kerana Rain ada memiliki rahsia tersendiri dan masa lalu yang berbahaya.
Siri ini keudiannya diteruskan dengan tajuk Insomnia yang mengisahkan mengenai Aya yang kerap bermimpi perkara sama secara berulang-ulang iaitu ibunya membunuh seseorang di sebuah rumah yang terletak di kawaan tempat tinggalnya semasa kecil.
BACA: ‘Homunculus’, Filem Thriller Jepun Yang Diadaptasi Daripada Manga
Disebabkan mimpi ini selalu berulang, Aya menghadapi kesukaran untuk tidur sehingga menyebabkan beliau sukar untuk membezakan mana satu realiti, mana satu mimpi.

Yang terakhir dan baru sahaja berakhir pada Mei tahun lalu diberi tajuk Two Pillows & A Lost Soul yang mengisahkan mengenai seorang bekas pelakon yang merupakan isteri kepada seorang ahli politik yang secara tiba-tiba terlibat dalam satu kes pembunuhan.
Keempat-empat siri ini sudah pun berada di Netflix. Untuk menonton, anda boleh KLIK DI SINI.
Jika anda meminati filem, drama atau siri Jepun dengan genre thriller, siri Re:Mind merupakan siri yang menarik untuk anda tonton. Biarpun sudah tiga tahun berlalu, siri filem ini tetap menjadi pilihan penonton yang gemarkan genre sedemikian.
Trending now



