page

Plot Drama Turki ‘Cocuk’ Penuh Emosi, Episod 1 Sudah Buat Penonton Menangis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Plot drama Turki, Cocuk penuh emosi, emosi satu sudah buat penonton menangis.

Sejak belakangan ini, filem dan drama dari Turki semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia. Antara yang paling trending di media sosial ialah Sol Yanim dan Water & Fire.

Kali ini ada satu lagi siri drama baru yang kami mahu anda tonton, iaitu Cocuk atau dalam bahasa Inggerisnya bermaksud The Kid.

Secara keseluruhannya, Cocuk adalah salah satu siri drama bergenre wanita yang mana figura ibu membela anak-anak mereka.

Ditayangkan pada September 2019, drama yang berakhir pada Januari 2020 ini mengisahkan mengenai kehidupan keluarga Karasu yang hidup dalam cara mereka yang tersendiri.

Plot Drama Turki ‘Cocuk’ Penuh Emosi, Episod 1 Sudah Buat Penonton Menangis 2

Namun karakter utama drama ini, Asiye Karasu (lakonan Nazan Kesal) yang memiliki kuasa besar dalam keluarga tersebut ada menyimpan satu rahsia besar yang tiada siapa pun tahu.

Plot Drama Turki ‘Cocuk’ Penuh Emosi, Episod 1 Sudah Buat Penonton Menangis 3

Bermula daripada menantu keluarga Karasu, Sule Karasu (lakonan Ceyda Ates Toplusoy) tidak dapat memberikan zuriat kepada keluarga, Asiye memberikannya seorang bayi yang dikatakan milik seorang wanita tidak bernasib baik.

Plot Drama Turki ‘Cocuk’ Penuh Emosi, Episod 1 Sudah Buat Penonton Menangis 1

Walaupun plotnya banyak memiliki elemen plot twist, drama 18 episod ini berjaya membuatkan penonton beremosi sejak daripada episod satu lagi.

Biarpun drama arahan Serkan Erken dengan skrip ditulis oleh Nazli Sunlu Kacan dan Hilal Yildizm ini cuma dirate 5.1/10 oleh IMDb, netizen Malaysia yang sudah menonton menyarankan anda untuk menonton drama Turki, Cocuk ini.

Sebelum itu, seorang pelakon Turki, Ozcan Deniz termasuk dalam senarai antara pelakon senior yang diminati rakyat Malaysia kerana gayanya yang memancarkan aura maskulin biarpun usianya sudah pun mencecah 49 tahun.

Antara filem lakonan beliau yang paling direkomendasi untuk ditonton ialah Bride of Istanbul.

Baca lanjut di: 5 Filem/Drama Terbaik Lakonan Ozcan Deniz, Jejaka Turki ‘Terlaris’ Di Malaysia Ketika Ini