Playstation Cari Pekerja Main Game

PlayStation Sedang Cari Pekerja Hanya Untuk Main ‘Game’, Tapi Dengan Syarat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selain dapat menghilangkan kebosanan, bermain game atau permainan video juga boleh mengurangkan tekanan.

Bermain permainan video sambil menjana pendapatan ialah impian buat para ‘gamer’ tetapi tidak semua yang betul-betul berjaya menggapai impian sebegitu. Untuk menjadi seperti itu, mestilah memerlukan pengorbanan wang untuk dilaburkan.

Tetapi sekiranya anda menjadi pemain video yang mempunyai cukup pengetahuan dalam industri permainan video, anda mungkin berpeluang menjana pendapatan dengan hanya bermain game sepanjang hari (bukan penstrim permainan video).

Alangkah indah jika ada pekerjaan sebegitu, bukan?

Mungkin bakal direalisasikan kerana PlayStation kini sedang mencari seorang pemain video yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di syarikat mereka.

Kerjanya, anda hanya perlu bermain permainan video mengikut waktu pejabat iaitu bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Nampak mudah skop kerjanya tetapi ada syarat tambahan.

Jika anda boleh berkomunikasi lebih daripada satu bahasa selain bahasa Inggeris seperti Portugis, Rusia dan Arab, ini kelebihan untuk anda.

Jika berjaya, anda akan ditempatkan di bandar Liverpool sebagai ‘localisation testers’. Jawatan ini memerlukan anda untuk bermain permainan video dalam masa yang sama pastikan audio dan teks dalam permainan itu adalah betul.

Playstation Cari Pekerja Main Game

Secara praktikalnya, kerjanya perlu bermain sambil mencari salah pembuat permainan video itu. Sebab itulah, calon harus mempunyai kemahiran bahasa Inggeris ataupun beberapa bahasa lain yang tinggi, termasuk ejaan, tatabahasa dan aspek bahasa yang lain.

Calon juga perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang sangat tinggi untuk memerhatikan mana-mana kesalahan yang berlaku di dalam permainan video.

Calon perlu memohon dan kemudian perlu menyiapkan ujian penterjemahan yang akan dihantar menerusi e-mel dan harus diselesaikan dalam masa sejam sebaik sahaja menerimanya.

Playstation Cari Pekerja Main Game

Walaupun gaji tidak dihebahkan, syarikat gergasi permainan video ini dijangka akan menerima banyak borang pekerjaan di seluruh dunia.

Jadi, jika anda berminat boleh klik di pautan ini.

Sumber:LadBible