
Planet Penuh Lahar Menggelegak Ditemui, Ada Yang Samakannya Dengan Neraka
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, saintis telah mendedahkan mengenai satu planet yang digelar sebagai neraka keranaianya terbentuk daripada lahar cair, anginnya bertiup pada kelajuan supersonik dan berhujan batu.
BACA: Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria
Diberi nama K2-141b, penemuan planet tersebut disifatkan sebagai satu penemuan angkasa paling ekstrem setakat ini.
Memiliki saiz lebih kurang seperti bumi, planet ini mempunyai permukaan, lautan dan atmosfera yang diperbuat daripada bahan yang sama iaitu batu.
Disebabkan kedudukan yang dekat dengan matahari – kedudukan seakan terkunci disebabkan tarikan graviti, dua per tiga daripada planet K2-141b kekal berada pada waktu siang kerana sentiasa menghadap matahari.

Di bahagian tersebut, lahar terbentuk dengan suhu melebihi 2,982 darjah celcius sehingga menyebabkan bahan teras planet iaitu batu boleh mencair menjadi wap udara.
Manakala di kawasan yang tidak terkena matahari berada dalam keadaan gelap dengan suhu mencecah lebih -200 darjah celcius!
Mungkin disebabkan lahar yang menggelegak itulah planet ini digelar sebagai planet neraka.
Kitaran angin yang bertiup di planet melebihi 3,1000 batu sejam membawa sodium, silikon monoksida dan silikon dioksida yang tersejat sebagai wap ke kawasan bergelap tadi sebelum menjadi hujan yang turun ke lautan lahar sedalam 60 batu dan mengalir ke bahagian yang menghadap matahari.
Tahukah anda, dalam sistem suria, planet Uranus merupakan planet paling busuk jika dibandingkan dengan planet-planet lain kerana mempunyai bau macam kentut?
BACA: Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria
Pada tahun 2018, penyelidik University of Oxford mendapati Uranus merupakan rumah kepada awan yang berbau seperti kentut (fart-smelling clouds). Penemuan awan hidrogen sulfida yang telah merebak ke bahagian atas atmosfera Uranus itu dikenal pasti melalui teleskop Gemini North yang terletak di Hawaii.
Penemuan gas beracun yang berbau seperti telur busuk atau kentut itu kemudiannya diterbitkan ke dalam jurnal Nature Astronomy.
Planet ketujuh dari matahari itu diliputi gas hidrogen sulfida (H2S), sejenis gas tanpa warna yang mudah terbakar. Jika di bumi, gas ini boleh dijumpai pada petroleum mentah, gas gunung berapi dan mata air panas.