muhyiddin yasin

PKPB Disambung Sehingga 9 Jun, PM Bergurau Usul Radio Main Lagu ‘Dendang Perantau’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam satu sidang media jam 2 petang tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKPB disambung lagi sehingga 9 Jun hadapan.

BACA: PKP Fasa 4 Terbatal Dengan Bermula PKPB, Ini Peraturan Baharu Yang Perlu Anda Tahu

Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan disambung empat minggu lagi akan mengekalkan semua prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang dilaksanakan sebelum ini. Dengan penguatkuasaan PKPB bermula awal Mei lalu, peraturan-peraturan di bawah PKP fasa ke-4 sebelum ini telah terbatal.

Peraturan baharu yang termaktub dalam PKPB ini ialah:

1) Membolehkan empat individu serumah dan sekeluarga dalam satu kenderaan untuk keluar bagi tujuan keperluan penting.

2) Perkhidmatan teksi dan e-hailing, tidak dibenarkan membawa lebih daripada dua penumpang bagi setiap perjalanan.

3) Pengangkutan awam – mana-mana operator darat, laut atau udara tidak boleh membawa lebih daripada separuh jumlah kapasiti maksimum penumpang yang dibenarkan.

PKPB Disambung Senarai Perkhidmatan Penting Terbaharu Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKP Fasa Ke-2
Sumber: Bernama

4) Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB, tetapi rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang.

Permohonan untuk bergerak merentas negeri bagi tujuan mereka yang terkandas di kampung boleh dilakukan dari 4 hingga 6 April, di aplikasi Gerak Malaysia. Manakala pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

5) Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan PKPB.

6) Perhimpunan melibatkan upacara pengembumian boleh dibenarkan dengan syarat maksimum 20 orang sahaja.

Dengan lanjutan tempoh PKPB ini bukanlah bermakna rakyat Malaysia tidak boleh menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Kebenaran menziarahi dibenarkan hanya dalam kelompok kurang daripada 20 orang dan tertakluk kepada jarak maksimum 20km dari kediaman masing-masing.

Malah beliau sempat bergurau supaya radio memutarkan lagu Dendang Perantau untuk anak-anak perantauan yang tidak dapat pulang beraya pada tahun ini.

Tonton perutusan penuh di pautan bawah:

https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/174569627162536/?v=174569627162536

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.