
PKP Masih Belum Cukup Beri Kesedaran Sivik Segelintir Masyarakat, Sampah Mula ‘Hiasi’ Pantai
Perhambaan merupakan satu sistem kotor dalam sosial-ekonomi yang mana manusia dirampas dan dinafikan hak kebebasan kemudian dipaksa untuk bekerja. Dilayan seperti diri bukan milik sendiri, hamba dinafikan dan didominasi tenaga dan haknya secara tidak adil.
BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL
Dalam zaman teknologi serba moden, tanpa sedar sistem ini masih lagi wujud dalam masyarakat walaupun pada hakikatnya sudah dihapuskan beratus tahun yang lalu. Untuk menyedarkan masyarakat mengenai isu yang masih wujud ini, satu kempen konfrontasi telah diadakan di tengah-tengah kota London.
Dengan bantuan beberapa orang pelakon (sukarelawan), satu mesin layan diri khas diletakkan di tengah kota London sebagai bukti dan simbolik lebih 136,000 orang di Britain masih terperangkap dalam dunia perhambaan.
Lebih daripada 40 juta orang yang dijadikan buruh paksa dan terjerumus dalam perkahwinan tanpa rela (majoritinya perempuan). Bukan itu sahaja, hampir 25 juta yang bekerja di kawasan pembinaan, kilang, ladang, dan pekerja seks juga sebenarnya merupakan sistem perhambaan masa kini.
https://www.instagram.com/p/BrNymMGFOMM/
Kempen yang menggunakan #BreaktheChain di laman sosial ini diadakan kerana satu daripada lima orang British tidak percaya bahawa sistem perhambaan ini masih wujud dalam negara tersebut. Antara bidang yang tidak menunjukkan secara jelas wujudnya sistem ini ialah pembuatan makanan segar.
https://www.instagram.com/p/BrNIAIsHyM9/
https://www.instagram.com/p/BrM2nSRn0_0/
Sedarkah kita, permintaan terhadap produk makanan segar berorganik sebenarnya merupakan salah satu daripada bidang kerja memerlukan tenaga yang banyak jika dibandingkan dengan menggunakan bahan bantuan seperti racun serangga?
Jadi, apa tindakan anda selepas ini? Masih lagi mahu mengamalkan perhambaan cara moden atau anda sendiri sebenarnya hamba kepada sistem pemerintahan sekarang?
Tepuk dada, tanya hati.
Sumber: World Economic Forum
Trending now



