
PKP Fasa 4: Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Untuk Keluar Berdua
Memasuki Perintah Kawalan Pergerakan, PKP Fasa 4, kerajaan kini membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan membawa seorang lagi ahli keluarga bersamanya.
Kebenaran yang diberi menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diwartakan semalam.
Masih mengekalkan jarak pergerakan tidak melebihi 10km dari kediaman masing-masing, kebenaran berkenaan menerima perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, kebenaran ini berkuat kuasa mulai hari ini sehinggalah PKP tamat pada 12 Mei hadapan.
BACA: Kompaun RM1,000 Dikenakan Kepada Individu Ingkar PKP Bermula Hari Ini
21 Mac lalu, kerajaan membenarkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga keluar dari rumah sekiranya ada keperluan untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau pun kedua-duanya sekali.
Terdahulu PKP yang sepatutnya berakhir pada 28 April telah dilanjutkan dalam tempoh dua minggu lagi (PKP Fasa 4) sehingga 12 Mei hadapan sebagai salah satu usaha memutuskan rangkaian jangkitan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: The Straits Times
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.