Pintu Doraemon 1

Pintu Doraemon Boleh Wujud Dengan Asas Teori Sains? Baca Keterangan Ahli Fizik Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sesiapa yang pernah menonton siri animasi Doraemon pasti mengetahui mengenai magis-magis Doraemon yang digunakan bagi membantu Nobita dalam menjalani kehidupan yang sering dibuli.

Antara yang paling selalu digunakan ialah Pintu Ke Mana Sahaja yang membolehkan seseorang itu boleh bergerak ke masa sahaja yang beliau mahukan.

Pintu Doraemon

Tapi tahukah anda Pintu Ke Mana Sahaja ini sebenarnya saintifik yang diasaskan oleh teori kenisbian umum general theory of relativity yang dilengkapkan oleh Albert Einstein dan berasakan struktur lohong cecaing atau jambatan Einstein-Rosen?

Mari kita baca penjelasan daripada ahli fizik yang juga salah seorang speaker di ML Studios, Zamir Mohyedin.

Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing ini tidak mustahil, cumanya masih belum dapat dibuktikan lagi dengan menggunakan konsep ruang masa (space-time) yang mana merupakan entiti yang mempunyai perkaitan antara keduanya.

Sebagai contoh, objek yang berjisim berat akan mempunyai pergerakan masa yang perlahan seperti matahari yang mempunyai graviti tinggi akan memberikan kesan kepada masa iaitu masa akan bergerak dengan lebih perlahan.

Sebab apa berlakunya kejadian seperti ini?

Jadi bagaimana jika ‘kain’ ruang-masa itu dilipat?

Menurut ahli fizik, lohong hitam ini merupakan pintu untuk ke lohong cecacing. Lohong ini akan membawa kita dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang sangat jauh namun boleh dipendekkan disebabkan oleh lohong yang boleh dijadikan sebagai lohong pengembaraan ke masa hadapan dan ke belakang.

Sama seperti konsep yang digunakan oleh Doctor Strange.

Bak kata Zamir, jika anda masih tidak memahami konsep ini, kemungkinan besar anda masih belum dapat menerima bahawa ruang-masa itu seperti fabrik atau tidak dapat membayangkan bagaimana ruang-masa boleh terjadi seperti fabrik.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/