Pinjaman Kereta Punca Individu Gaji Tinggi Jadi Miskin Bandar – Bekas Menteri Kewangan

Pinjaman kereta punca indvidu gaji tinggi jadi miskin bandar.

Miskin bandar merupakan antara isu yang sudah lama menjadi perbualan masyarakat kerana ianya berkait dengan ekonomi semasa dan kos sara hidup temasuklah kadar gaji.

Menurut statistik Unit Perancang Ekonomi (EPU), data terkini pada Kaukus Parlimen pada 28 September 2019 menyatakan terdapat 190,538 keluarga miskin dan 134,553 daripadanya adalah miskin tegar dengan peratusan sebanyak 56% (107,114) di bandar.

Pinjaman Kereta Punca Miskin Bandar

Menurut bekas Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani, masalah pengurusan kewangan bukan sahaja membabitkan golongan B40, M40 dan belia tetapi juga terkena tempiasnya pada kelompok berpendapatan tinggi T20 yang sebahagian daripadanya tergolong dalam kategor miskin bandar.

Menurut Johari, golongan B40 tak perlu terburu-buru memiliki hartanah khususnya rumah pertama kerana terpengaruh dengan pola pemikiran ‘beli rumah lambat, harga rumah akan semakin meningkat’ kerana seeloknya mempelajari dahulu pengurusan kewangan dan hartanah.

BACA: Lelaki Pandu Kereta Mewah Cenderung Berperangai Buruk – Kajian

Selain itu, pinjaman kereta juga menjadi punca mengapa belia termasuk dalam kategori miskin bandar termasuklah daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Terbaharu, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan bermula 1 Januari, 57 bandar di Malaysia akan melaksanakan perintah gaji minimum seperti yang akan diwartakan dalam masa terdekat.

Kenyataan ini dilakukan susulan daripada pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu.

Mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265)Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja akan melaksanakan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan selain dari wilayah bandar utama mengikut lokasi kerja yang ditakrifkan.

Sumber: FMT