LHDN Boleh Akses Akaun Bank Tanpa Kebenaran

Pindaan Akta Benarkan LHDN Boleh Akses Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Perlu Mohon Kebenaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dilaporkan tidak lagi memerlukan kebenaran pembayar cukai untuk mengakses maklumat butiran akaun bank mereka yang membolehkan mereka secara terus menjalankan semakan dan penilaian.

Menerusi Rggt yang memetik laporan Sin Chew Daily, tindakan tersebut tertakluk di bawah pindaan baharu Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan yang diluluskan rang undang-undang kewangan 2021 di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021.

Laporan itu memaklumkan seksyen 106A yang dicadangkan membolehkan LHDN menuduh pembayar cukai di mahkamah, seterusnya membenarkan LHDN meminta butiran akaun bank pembayar cukai sebaik perintah penahanan dikeluarkan.

Pihak bank juga tidak dibenarkan memaklumkan perkara tersebut kepada pembayar cukai. Jika pihak bank melanggar peraturan ini, mereka boleh didenda antara RM200 – RM20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

LHDN Boleh Akses Akaun Bank Tanpa Kebenaran
Sumber: The Star

Apa itu Seksyen 106A?

Untuk makluman, seksyen 106A merupakan salah satu cadangan pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ini bermakna Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak akan terpakai untuk penguatkuasaan Seksyen 106A di masa hadapan.

Sebelum ini, pembayar cukai perlu menandatangani borang kebenaran sebelum bank boleh memberikan maklumat akaun bank kepada pihak berkuasa.

Justeru, dengan pindaan akta ini membenarkan LHDN untuk membuat tuduhan kepada pembayar cukai di mahkamah serta membolehkan pihak mereka mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai.

Difahamkan, ketika ini dianggarkan sekitar RM300 bilion jumlah pengelakan cukai dicatatkan Malaysia yang menyamai 18 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Perkara ini juga turut mendapat perhatian rakyat Malaysia di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Menurut seorang peguam yang aktif di laman sosial Twitter, @JatIkhwan memaklumkan akta ini hanya untuk tujuan permohonan Perintah Garnisi.

BACA: Panduan Lengkap Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan Individu

Sumber: The Star