
Pilih Korban Di Luar Negara Sebab Murah, Ustaz Ini Dedah Sisi Gelap Dunia Korban
Ibadah korban dalam Islam merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Ia salah satu cara berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa sama, mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.
Pada hari ini dapat kita lihat suasana ibadah korban sebahagian masyarakat Muslim di sini beralih memilih penyembelihan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, negara-negara Afrika, Bangladesh dan sebagainya.
Sebab utama memilih ibadah korban di luar negara berbanding di sini kerana dikatakan kadar harganya berpatutan dan lebih rendah.
BACA: Lelaki Ini Dedah Trend Hari Raya Korban Yang Semakin Membimbangkan
Bagaimanapun, perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra ini memperlihatkan perspektif berbeza mengenai ibadah korban di luar negara.
Sisi gelap dunia korban
Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq, Tapi kebanyakan kita bila korban selalu tanya, “ada tak yang murah dan cukup umur”.
Bila nak buat korban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.
Kumpul nilai tinggi tapi pilihan binatang nilai rendah
Sisi gelap yang berlaku dlm dunia korban ini adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.
Paling membimbangkan korban luar negara, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di Kemboja/Afrika dengan angka mencecah 3,000 ekor.
Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar dan mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.
Ada iklan korban di Afrika dengan kos RM250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah.
Sebab itu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah ditempat yg berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ini nak elak dari kes-kes penipuan juga.
Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya. Bayangkan kalau dapat buat collection 1,000 ekor untuk buat korban, kutipan RM800 satu bahagian total dapat RM5,600.
Bila ke kandang beli lembu yang kurus dan kecil dengan harga RM4,000 maka keuntungan selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1,500.
Total untuk 1,000 ekor bersamaan PROFIT 1.5 juta Ringgit. Saya sarankan untuk tahun ni, peserta carilah surau/ masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri, biaq puas hati dalam ibadah.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan tidak semua yang buat murah itu menipu. Cumanya, mereka yang melakukan ibadah korban perlu berhati-hati.
“Ingat ya tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hat- hati. Banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.
“Kalau betul nak buat beli tiket pergi sana terus biar puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat,” katanya.
Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra
Trending now



