C776E349-193D-4BFA-A7ED-020910E677D2

Pijak Belacan Guna Kaki & Najis Tikus Bersepah, Kilang Diarah Tutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pijak belacan guna kaki, najis tikus bersepah, kilang diarah tutup.

BACA: Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL

Dua buah kilang di Seberang Perai, Pulau Pinang diarahkan tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan yang menjijikkan.

Yang mana salah satunya dikenal pasti  pekerja memijak belacan semasa memproses dalam kilang belacan selain daripada menggunakan logo halal yang meragukan dan beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

5B351468-F120-4FC6-9620-BC9987275641
Sumber: Kosmo! Online

Manakala satu lagi kilang pembuatan tauhu didapati beroperasi dalam persekitaran yang kotor dengan lebihan tauhu dan tercemar dengan najis tikus di kawasan stor.

Menurut sumber Kosmo! Online, operasi Bahagian Keselamtan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan arahan keduanya menutup operasi selama dua minggu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja pembersihan.

E592D2D4-DF24-4AA1-97B0-765AC4E5EBF7
Sumber: Kosmo! Online

Sepanjang operasi berkenaan, tujuh notis kompaun bernilai RM21,000 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan, manakala lapan ke sembilan pekerja di kedua-dua premis akan dikenakan kompaun secara individu kerana belum mendapat suntikan tifod.

Sebelum ini pada September lalu, sebuah premis kilang roti diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur didapati menggunakan air tandas dan dipenuhi dengan najis tikus.

Lokasi premis yang terletak di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama  juga mendapati, proses penyediaan makanan di premis dan bahan mentah dilakukan di atas lantai yang basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding yang berdaki hitam.