Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandangan Peguam Bela Jenayah 4

Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandang Dari Sisi Peguam Bela Jenayah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pihak pendakwaan fail rayuan ke atas tertuduh kes basikal lajak, ini sudut pandang dari sisi peguam bela jenayah.

Pada Februari 2017, negara dikejutkan dengan berita lapan remaja lelaki berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

BACA: Basikal Lajak: Ibu Bapa Atau Penjaga Bakal Dipenjara 5 Tahun, Didenda RM20,000

Dalam kejadian jam tiga pagi itu, lapan remaja meninggal di tempat kejadian, dua dilaporkan kritikal dan enam yang lain cedera.

Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandangan Peguam Bela Jenayah 1
Sumber: Berita Harian
Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandangan Peguam Bela Jenayah 2
Sumber: Berita Harian

Bagaimanapun pada Oktober 2019, tertuduh, Sam Ke Ting telah dilepaskan tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, 28 Oktober 2019.

Yang terkini (10 Oktober 2021) Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Keputusan berkenaan diputuskan Majistret Siti Hajar Ali yang membacakan keputusan kes di akhir pembelaan selepas tertuduh diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Februari lalu.

Antara alasan keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah adalah dengan mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak ada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian pada jam tiga pagi adalah munasabah.

“Tertuduh yang dalam perjalanan pulang dari perarakan dewa Pesat Chingay menyatakan beliau tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada waktu itu dan tiada sebarang amaran terhadap keberadaan kumpulan basikal lajak di situ.

Keterangan tertuduh dia yang memandu di bawah had laju dan berada di lorong paling kiri lokasi kejadian iaitu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer sejam atau 75.8 kilometer sejam.”

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu dikembalikan kepadanya dengan serta merta.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan pada hari ini (12 Oktober) telah memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan tertuduh.

Rayuan berkenaan difailkan Penolong Pegawai Undang-undang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Nurrul Azrina Arza dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, jam 9.15 pagi di kaunter Mahkamah Majistret/ Sesyen, Kompleks Mahkamah Johor Bahru.

Melihat kes ini dari sudut kaca mata seorang peguam bela jenayah,  Zee How Tai atau lebih dikenali dengan gelaran Apek Cina telah mengemukakan beberapa pendapat.

Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandangan Peguam Bela Jenayah 3

Iaitu secara munasabah, yang bertanggungjawab atas kematian mereka adalah mereka sendiri yang telah melanggar undang-undang:

  1. Berbasikal lajak atas kesemua laluan lebuhraya (bukan jalan raya biasa)
  2. Tanpa lampu
  3. Tanpa peralatan keselamatan
  4. Pada jam tiga siang (pagi)
  5. Kecuaian ibu bapa yang tidak mengawal anak bawah umur yang melakukan kelakuan yang membahayakan

Malah Apek Cina turut sempat menyeru agar pihak pendakwaan membatalkan hasrat untuk membuat rayuan ke atas tertuduh.

“Namun, saya ingin menyeru kepada rakan bijaksana saya dari pihak pendakwaan, bahawa Sumber pendakwaan adalah dari rakyat, dan rayuan haruslah dilakukan atas faktor ” public interest “, keadilan dan kesaksamaan.

Dengan ini, saya menyeru agar pihak pendakwaan batalkan hasrat untuk membuat rayuan atas tertuduh. Bukannya semua kemautan adalah tanggungjawab orang lain, malah tanggungjawab simati itu sendiri.”

Sumber:

  1. Utusan
  2. Harian Metro
  3. Ulasan Apek Cina