Oksana cabar sultan buat DNA

Pihak Oksana Cabar Sultan Kelantan Jalani Ujian DNA

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nampaknya episod konflik antara bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V belum menunjukkan tanda penghabisan apabila kecoh di media barat melaporkan bekas isteri Sultan Kelantan itu mengeluarkan kenyataan berbaur kekecewaan.

Kawan rapat Oksana, Liliya Nastaeva mencabar Sultan Kelantan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan status anak yang dilahirkan Rihana Oksana Gorbatenko, lapor Daily Mail.

Ia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan peguam baginda sultan, Koh Tien Hua mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan baginda sultan adalah ayah kandung kepada anak Rihana, seperti yang didakwa beliau menerusi hantaran gambar di Instagram.

BACA: Tiada Bukti Anak Oksana Milik Sultan Muhammad V – Peguam

Liliya Nastaeva, ibu bapa, kawan-kawan dan keluarga Oksana sedang menunggu permohonan maaf terbuka daripada Sultan Muhammad V.

“Dan jika (Sultan Muhammad V) mempunyai kecurigaan, maka dia boleh melakukan ujian DNA. Oksana, bagi pihaknya, bersedia untuk ini, saya boleh beritahu anda kerana saya temannya yang paling rapat.

“Jika Oksana menunjukkan wajah anaknya, tiada siapa yang akan meraguinya, kerana bapa dan anak memiliki wajah yang serupa,” kata Liliya Nastaeva.

Pihak mereka telah menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap peguam yang mewakili Sultan Kelantan itu.

Oksana cabar sultan buat DNA

Sementara itu, Peguam Oksana Evgeny Tarlo berkata keraguan yang dibangkitkan Sultan Muhammad tidak masuk akal dan mencabar peguam yang mewakili bekas Agong itu membuktikan dakwaan berkenaan.

Menerusi laporan media, Oksana dan anaknya kini tinggal bersama keluarga di Moscow.

Sumber: Daily Mail