Piala Dunia Masakan Malaysia 2023

Piala Dunia Masakan Malaysia 2023 Pecah Rekod Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Piala Dunia Masakan Malaysia 2023 anjuran Persatuan Kulinari Bersatu Malaysia (MBCA) telah berjaya memecahkan rekod Guinness World Record pertandingan memasak terbesar di dunia yang baharu.

Seramai 713 peserta tempatan dan antarabangsa dari 12 negara seperti Maghribi, Arab Saudi, dan Mesir mengambil bahagian dalam pertandingan itu dari 21 hingga 23 Februari 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala
Lumpur.

Rekod dunia itu dipecahkan secara rasmi apabila John Garland, pengadil rasmi Guinness World Record menyampaikan sijil kepada Chef Arthur Lim, Pengerusi Penganjur dan Presiden MBCA.

Majlis tersebut juga disaksikan oleh Sulaiman Suip, Timbalan Kanan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Pelancongan Malaysia.

Pengumuman rekod dunia itu juga mengakhiri pertandingan tiga hari yang disambut baik lebih daripada 3,500 pengunjung.

Piala Dunia Masakan Malaysia 2023

Salah satu acara kemuncak pertandingan tersebut adalah cabaran ‘kotak misteri’, Kotak Hitam Makanan Warisan Malaysia di mana ia merupakan cabaran kategori terbuka yang layak untuk disertai oleh chef profesional dan bercita-cita tinggi dari hotel, akademi masakan, dan kolej. Kategori ini memerlukan setiap peserta mencipta dan mempersembahkan menu gourmet yang unik.

Sembilan kategori utama pertandingan dan 62 subkategori yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, Mise-En-Place (kesediaan sebelum memasak dari segi bahan dan peralatan) dan teknik.

Semasa majlis pengumuman rekod dunia itu, MBCA turut mendedahkan bahawa pertandingan itu akan menjadi acara setiap tahun untuk menyerlahkan adegan masakan global sambil mencipta kelestarian prospek ekonomi bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.

BACA: Wanita Singapura Cipta Rekod Dunia Hantar Makanan Pelanggan Sejauh 30,000 Kilometer!