
Petugas Hospital Kantoi Ponteng Kerja Selama 15 Tahun Tapi Gaji Tetap Jalan
Ponteng Kerja Selama 15 Tahun Tapi Gaji Tetap Jalan.
Menjaga amanah masa adalah asas kepada integriti iaitu pegangan prinsip moral serta etika kerja yang perlu diterjemah ketika menjalankan tugas.
Berintegriti bukan hanya bermaksud tidak mengambil rasuah dan menyalahgunakan harta kerajaan atau majikan untuk kepentingan peribadi.
Mencuri masa atau lebih sinonim dengan ponteng kerja juga boleh menjadikan seseorang itu tidak amanah dan jujur.
Ada satu kisah menarik yang berlaku di Itali yang mana seorang petugas hospital digelar ‘Raja Ponteng’ telah didakwa kerana tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu.
Dia kini berdepan dengan siasatan pihak berkuasa kerana ponteng kerja selepas ditugaskan berkhidmat di hospital Ciaccio yang terletak di bandar selatan Catanzaro pada tahun 2005.
Lelaki yang kini berusia 67 tahun itu disiasat kerana melakukan penipuan, pemerasan dan salah guna kuasa selepas dibayar secara keseluruhannya €538,000 (RM2.67 juta) tanpa datang bekerja selama tempoh tersebut.
Penahanannya juga menyebabkan enam orang pengurus di hospital juga disiasat berkenaan amalan ponteng kerja dan dakwaan penipuan dalam kalangan pekerja sektor awam di Itali.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga telah mengugut pengurusnya supaya tidak melaporkan tindakan tidak beretikanya itu.
Selepas pengurus berkenaan pencen, ketidakhadiran lelaki itu tidak disedari pengurus seterusnya atau petugas sumber manusia.
Masalah ponteng kerja terutama dalam golongan pekerja awam di Itali amat teruk sehinggakan kerajaannya mengetatkan undang-undang pada tahun 2016.
Pernah berlaku kes yang mana seorang polis telah ‘set’ waktu bekerjanya dalam seluar dalam sebelum tidur. Kes lain pula, seramai 35 pekerja di Dewan Bandar Sanremo ditangkap atas penipuan kad perakam waktu.
BACA: Di Itali, Ambulans Dilarang Bunyikan Siren Atas Sebab…
Sumber: Complex