
PETRONAS Catat Keuntungan Terbesar Dalam Sejarah Sebanyak RM101.6 Billion
Hasil peningkatan harga minyak dan gas dunia, PETRONAS merekodkan keuntungan selepas cukai tertinggi dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM101.6 billion.
Angka ini meningkat 2 kali ganda daripada tahun sebelumnya iaitu daripada RM50.87 billion.
Peningkatan ini disebabkan oleh kesan peningkatan harga minyak dan gas yang menggalakkan untuk semua produk yang sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, walaupun tahun 2022 membolehkan mereka memanfaatkan kenaikan minyak dan gas dengan baik, tahun lepas juga menunjukkan ketidaktentuan permintaan bekalan yang meningkat didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.
Jumlah aset PETRONAS sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM710.6 billion peningkatan lebih 10% daripada tahun sebelumnya.
BACA: Pintas Shell Jadi Stesen Minyak No.1 Di Malaysia, Pemuda Ini Dedah Punca Kejayaan Petronas