Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan Dalam Masa 3 Hari

Petisyen Keluarkan Vivy Dari Jawatan Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Petisyen keluarkan Vivy dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM raih lebih 230,000 tanda tangan dalam tempoh masa tiga hari.

Ahli perniagaan yang juga merupakan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof baru-baru ini telah terpalit dengan satu kontroversi yang dikatakan telah mempertikai bantuan pakej PRIHATIN yang diterima oleh golongan B40 dan M40.

Teruk dikecam masyarakat, Vivy Yusof tampil mempertahankan diri menafikan dakwaan berkenaan.

BACA: Vivy Yusof Dan Aleeya Zailan Pertikai Bantuan Pakej PRIHATIN?

Dalam satu paparan video yang dimuat naik beliau, beliau menepis dakwaan bahawa kenyataan yang dikatakan sebagai ‘menghina’ kedua golongan sebagai tidak menyumbang kepada ekonomi negara.

Membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua golongan berkenaan, Vivy memberitahu tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang memutar belit kenyataan sebagai cara mempertahankan diri.

Cabaran Vivy Bahasa Melayu 1

Malah satu petisyen yang dimulakan oleh individu bernama Mazril Mazlan tiga hari lalu yang meminta agar beliau ‘dikeluarkan’ dari barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini telah mendapat lebih 230,000 tanda tangan.

Di ruangan komen petisyen keluarkan Vivy daripada barisan Ahli Lembaga Pengarah itu, rata-rata bersetuju agar beliau dikeluarkan daripada jawatan berkenaan kerana dikatakan sebagai tidak layak dan tidak berpengalaman.

Untuk pengetahuan anda, Vivy telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM oleh Kementerian Pendidikan pada 26 Mei tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/Bx6orJAArFo/?utm_source=ig_embed

Terdahulu, Fashion Valet pernah berdepan dengan kontroversi selepas mengisytiharkan kerugian selama lima tahun. Didakwa sebagai netizen sebagai satu tindakan sengaja mahu lari daripada pembayaran cukai, baca lanjut mengenainya DI SINI.

Hasil daripada kontroversi ini, netizen telah ‘menyelongkar’ produk keluaran dUCk iaitu stapler dan bekas pemegang sellotape.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1877152169084657

Dalam petisyen berkenaan juga emberitahu Menteri Pendidikan, Dato’ Dr Nooraini Ahmad telah dihubungi dan dimaklumkan berkaitan hal berkenaan.

Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan Dalam Masa 3 Hari 1