Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Catat Sejarah, Julung-Julung Kali Diadakan Secara Dalam Talian

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020

Wabak pandemik COVID-19 yang melanda menyebabkan semua penduduk dunia perlu belajar hidup dalam norma baharu demi memastikan rantaian penularan dapat diputuskan.

BACA: Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan

Semua aktiviti terpaksa dilakukan dalam norma baharu dengan pematuhan pada amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan termasuklah acara pesta buku secara besar-besaran di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 1

PBAKL yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) telah ditangguhkan dan dilaksanakan secara dalam talian.

MALAYSIA,Kami ada berita baik untuk anda!Jangan sedih bila anda tidak dapat datang ke PBAKL 2020.Kami kini bawakan…

Posted by Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur on Friday, June 12, 2020

PBAKL 2020 mencipta sejarah yang tersendiri apabila melakukan kolaborasi bersama salah satu platform pembelian dalam talian terbesar iaitu Shopee bagi memastikan acara ini tetap berlangsung seperti direncanakan dengan penyesuaian kepada keadaan semasa.

Sudah berlangsung sejak semalam (25 Jun) hingga 8 Julai ini, pesta buku dalam talian ini merupakan yang terbesar dan julung-julung kali diadakan telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri (Kanan) Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Pelancaran Pesta Buku Dalam Talian PERTAMA dan TERBESAR Di Malaysia.Ucapan alu-aluan oleh En. Mohd Khair bin Ngadiron, Pengerusi, Jawatankuasa Induk PBAKL 2020.Ucapan perasmian pelancaran oleh YB. Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan.

Posted by Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur on Wednesday, June 24, 2020

Antara tawaran menarik yang ada sepanjang PBAKL 2020 ini berlangsung:

  1. Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
  2. Lebih 30,000 judul terkini
  3. 30,000 baucar pelanggan baru
  4. 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
  5. 20,000 diskaun seluruh platform
  6. 10,000 x tawaran RM7.00
  7. 5,000 baucar pelanggan sedia ada
  8. 4,000 baucar permainan
  9. 4,000 baucar (tempoh terhad)

Lawat laman shopee.com.my/klibf.

Untuk pengetahuan anda, bagi tahun 2020, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada September 2018.

BACA: Anjur PBAKL Di MAEPS Seakan Tidak Menyokong Penobatan KL Sebagai Kota Buku Dunia 2020?

Dengan slogan  ‘KL Baca – Caring Through Reading’, empat tema diangkat:

  1. Membaca dalam semua bentuk,
  2. pembangunan infrasturktur industri buku,
  3. inklusif dan akses digital, dan
  4. pemberdayaan kanak-kanak melalui membaca.