
Peserta Buta Dan Autistik, Kodi Lee Juara America’s Got Talent Musim Ke-14
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan program America’s Got Talent musim keempat belas ini, pasti mengharapkan kemenangan ke atas peserta istimewa Kodi Lee.
Harapan dan sokongan mereka kepada peserta buta dan autistik ini membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara program realiti America’s Got Talent bagi musim terbaharu ini.
Mana tidaknya, kemerduan suara pada insan ini bukan sahaja menambat hati juri malahan seluruh penonton yang mengikuti program ini sejak daripada sesi uji bakat lagi.
Ketika sesi uji bakat, Kodi Lee yang berusia 22 tahun mendendangkan lagu A Song For You memukau semua penonton pada malam persembahan itu kerana terkejut Kodi boleh bermain piano dengan baik walaupun dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dan juga autistik.

Persembahan ikhlas dari Lee turut membuatkan juri Gabrialle Union memberikan golden buzzer kepadanya, membuatkan seluruh dewan gamat dengan sorakan dan tangisan.
Menjadi juara AGT 2019, Lee membawa pulang wang tunai sebanyak USD 1 juta dolar sekali gus mengalahkan sembilan peserta finalis yang lain.
Lee lahir dengan mengalami hypoplasia saraf optik dan pernah menjalani pembedahan kritikal seawal usia 5 hari, serta disahkan autistik sejak kecil lagi. Namun, kesusahan itu tidak pernah menghalang penyanyi itu daripada mencapai impiannya.
Tonton persembahan akhir Kodi Lee yang memukau di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=fm2Rj8Lo21s
Sumber: USA Today
Trending now



