Ganja Pertama Dibenarkan di Singapura

Pesakit Remaja Pertama Guna Perubatan Ganja Di Singapura, Selepas Ubat Berdaftar Tidak Berkesan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Februari lalu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Singapura, K Shanmugam memberitahu trend meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan didorong oleh kuasa wang dan propaganda.

Beliau juga mendakwa syarikat-syarikat farmaseutikal menyembunyikan niat sebenar mereka selepas Thailand mengumumkan kelulusan penggunaan ganja atas tujuan perubatan walaupun Thailand menyediakan hukuman paling berat di dunia bagi kesalahan dadah.

Shanmugam menolak penyataan bahawa ganja dapat merawat penyakit sebagai karut kerana Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati ganja boleh menyebabkan kecederaan otak, 50% daripada penggunanya menjadi ketagih selepas meneliti 500 rencana tentang kesan ganja.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2448802242076300

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang remaja perempuan Singapura yang menderita menyakit epilepsi atau sawan menjadi satu-satunya pesakit  yang dibenarkan untuk menggunakan perubatan jenis ganja.

Menderita penyakit epilapsi refraktori, remaja tersebut tidak memberikan respon kepada semua terapi dan telah menghabiskan semua ubat yang berdaftar untuk rawatan.

Ganja Pertama Dibenarkan di Singapura 1

Menurut laporan The Sunday Times, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura mengikuti prosedur mengikut kelulusan penggubal undang-undang Amerika Syarikat dalam menggunakan ubat untuk merawat epilepsi kanak-kanak yang jarang berlaku di Singapura.

Tidak mendedahkan umur gadis berkenaan, Presiden Persatuan Epilepsi Singapura, Profesor Madya Derrick Chan memberitahu ubat yang akan digunakan berkemungkinan Epidiolex, yang merupakan ubat cannabinoid gred farmaseutikal dan pertama diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Ubat berkenaan dikatakan hanya mempunyai komponen cannabidiol yang tidak memberikan kesan halusinasi telah dibenarkan FDA pada Jun tahun lalu.

Sumber: Berita Mediacorp, Berita Harian, The Star Online

Manga paling laris sehingga kini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.