china covid-19

Pesakit COVID-19 Dilarang Melakukan Hubungan Intim 30 Hari Selepas Sembuh – Saintis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas daripada kajian China mendapati bahawa air mani didapati boleh membawa virus, pesakit COVID-19 dilarang daripada melakukan hubungan intim sekiranya dijangkiti wabak pandemik berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau, Veerawat Manosutthi juga melarang pesakit untuk berciuman sebagai langkah berjaga-jaga meskipun sudah disahkan sembuh.

Pesakit COVID-19 dilarang melakukan hubungan intim

Meletakkan tempoh 30 hari, beliau yang bertugas di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand turut menasihatkan agar pesakit yang sudah sembuh memakai kondom selepas saintis berpendapat virus berkenaan boleh hidup lebih lama dari apa yang dijangkakan dan boleh merebak melalui hubungan intim.

COVID-19 boleh tersebar melalui cecair yang dikeluarkan dari badan pesakitnya dan ini termasuklah air liur dan air mani.

Terlalu Awal Rilek Dengan Pengurusan COVID-19, Satu Kluster Baharu Dikenal Pasti Di Wuhan 1
Sumber: Financial Tmes

Setakat hari ini, Thailand mencatakan kes positif sebanyak 3,031 dengan jumlah kematian seramai 56 orang dan kes sembuh sebanyak 2,857.

BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia

Sebagai usaha mengekang penularan, kerajaan Thailand menerusi kerjasama Lembaga Pelancongan Thailand, Jabatan Kawalan Penyakit Thailand dan Kementerian Kesihatan Awam telah menyediakan langkah-langkah pencegahan untuk pelancong.

Antaranya mengkategorikan pelancong ke Thailand dalam tiga kumpulan untuk pengawasan yang berbeza seperti Zon Penyakit Berjangkit, negara yang mempunyai penukaran jangkitan tempatan dan pelancong dari destinasi lain.

Manakala di Malaysia, kes positif yang dicatatkan setakat hari ini ialah 6,894 kes dengan jumlah kematian seramai 113 orang dan kes sembuh seramai 5,571 kes.

Meskipun kes baharu sudah berkurangan, penduduk di Malaysia masih lagi dikenakan Kawalan Perintah Pergerakan Bersyarat yang dilanjutkan sehingga 9 Jun hadapan.

Sumber: New York PostAvert

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.