
Perubahan Harga Pada 6 Produk Gardenia Bermula 1 Jun Ini
Perubahan Harga Pada 6 Produk Gardenia Bermula 1 Jun Ini
Tular di media sosial sepucuk surat yang menyatakan bermula 1 Jun 2021, terdapat perubahan harga produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL).
Dalam satu kenyataan, GBKL memaklumkan bahawa terdapat enam produk yang terlibat dengan perubahan harga ini dan ianya bukanlah produk roti:
- Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (200g)
- Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (375g)
- Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (200g)
- Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (375g)
- Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya (200g)
- Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya (200g)
Perubahan harga enam produk ini dibuat susulan daripada peningkatan kos yang terpaksa ditanggung pihak syarikat yang mana berlakunya kenaikan kos luar biasa daripada segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.
“Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021.
Antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain lagi.
Fokus kami tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.”
Manakala harga-harga bagi produk Gardenia yang lain masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

Sebelum ini semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, orang ramai mula resah apabila stok roti Gardenia di pasaran sudah habis diborong.
Bukan sahaja di Lembah Klang, bandar dan daerah lain turut didapati terkesan untuk mendapatkan bekalan roti berkenaan.
Sehingggakan ada yang ‘buat gila’ dengan menjual kembali roti Gardenia dengan harga sekitar RM699 sebuku. Namun ianya hanyalah gurauan sesama pengguna media sosial yang mencari stok, namun sukar untuk mendapatkannya kerana asyik kehabisan.
Baca lanjut: Lelaki ‘Buat Gila’ Jual Kembali Roti Gardenia Dengan Harga RM699 Sebuku
Sumber: Sinar Harian