
Pertikai Insentif Bomba RM200 Sebulan, Media MalaysiaKini Cetus Kemarahan Netizen
Media MalaysiaKini timbul kemarahan netizen apabila pertikai insentif yang diterima anggota bomba.
Turut tersenarai dalam barisan hadapan frontliners, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menerima insentif sebanyak RM200 sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/3784996781574125/?v=3784996781574125
Berita yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu walau bagaimanapun, rupa-rupanya ada pihak yang ‘tidak berpuas hati’ telah mempersoalkan pemberian insentif yang diberikan kerajaan kepada anggota bomba iaitu media MalaysiaKini.
Insentif bayaran RM200 berkenaan adalah bertujuan sebagai penghargaan kepada anggota bomba sebagai pasukan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia.
BACA: Lanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bergantung Kepada Pematuhan Rakyat Sendiri
Menurut penulisan penulis dala artikel bertajuk Letter: Why Firefighters getting RM200 for COVID-19? bertarikh 30 Mac lalu, beliau seakan mempertikaikan perkhidmatan yang disediakan anggota bomba semasa pandemik wabak COVID-9 sedang melanda Malaysia.
Are there anywhere now raging fires or are firemen using the fire engines and fire trucks to rush and transport Covid-19 victims to the hospitals? So, what extraordinary service is being provided by the firefighters during this Covid-19 pandemic? – MalaysiaKini
Kata beliau apa yang Malaysia hadapi kini bukannya seperti kebakaran di Australia, tetapi adalah pandemik kesihatan dan sekiranya insentif berkenaan dibayar semasa jerebu dan musim kemarau, ianya dapat difahami.
Menyifatkan pembayaran insentif berkenaan hanya sebagai satu ‘penghinaan’ kepada SME (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia) dan perniagaan kecil lain yang sedang dalam dilema memastikan perniagaan masih boleh beroperasi supaya pekerjaan tidak hilang, penulis turut mempertikaikan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri sebagai satu cara mendapatkan undian sasaran.
Tidak menjaga sensitiviti, surat pertikai insentif bomba berkenaan telah menimbulkan kemarahan netizen yang mengaggap penulis di MalaysiaKini sebagai tidak sensitif dengan apa yang sedang negara alami.
https://twitter.com/mellaziz/status/1244479089680891905
Terdahulu, KPKT dengan kerjasama beberapa agensi telah dan akan melakukan Operasi Nyah Cemar yang melibatkan beberapa lokasi titik panas (Zon Merah dan Zon Jingga).
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1877251889074685?__xts__%5B0%5D=68.ARC_IcfxKa3TrFj8SxVvSY-uoBzLE0BLafzMIT8Q8TYpPxTHEBxP_bA1rSkkCnK71CCe4DBNbZKYNtGRagKZL6sw9igxMBM0a2USppq5sJRhTwD01veYmPKkVcfl4_VN3kCNaUDEIYodh5HcmPxaVaGESNtTzNNX-axbwDOGJDHh2xPEQeZjfvBRMqZyof0M-Jct2KgnAX-v6cndw0gp8B_Usy7hDdYaNgOInsj2TZlEjDK1RHGr7LdavfgvQikcPrBDXMCeTgLrd-XBB7qfZN3xiVBVBMZkX-p8ST5v1WcWdC-ieRxj5FoULhoNc0rhEGmZl2TWLlwW4KVoQFBjqykYxs6V&__tn__=-R
Merangkumi tiga matlamat utama iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi, Pakej PRIHATIN yang berjumlah RM250 bilion akan memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat Malaysia.
Baca berita penuh mengenai Pakej PRIHATIN DI SINI.