
Pertembungan Djokovic Dan Federer Catat Rekod Kejohanan Paling Panjang
Berjaya meraih gelaran Wimbledon Ke-5 pada Kejohanan Grand Slam Terbuka Wimbledon, Novak Djokovic memberitahu bahawa perlawan pada kali ini bukan sekadar perlawanan paling menarik yang beliau hadapi tetapi juga menjadi aksi final terbaik yang sepanjang kariernya.
Berjaya mencipta rekod sebagai final paling panjang dalam kejohanan itu dengan catatan masa 4 jam 57 minit, pertembungan bersejarah itu diseret sehingga ke set kelima sebelum berpihak kepada Djokovic dengan mata 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6, 13-12 (7-3).
Tidak menjangkakan kemenangan yang berpihak kepadanya, Djovokic yang kini memegang 16 gelaran Grand Slam memberitahu impiannya adalah untuk menyamai rekod yang dipegang idolanya, Federer iaitu 20 gelaran Grand Slam.
Beliau mengakui kejayaan Federer banyak memberikan inspirasi kepada ramai orang, terutamanya dengan prestasi cemerlangnya dalam sukan tenis walaupun sudah menginjak usia 37 tahun.
Sumber: New York Times