
Pertandingan Bina Badan Patuh Syariah, Kelantan Bakal Anjur Bulan Depan
Pertama kali mendengar pertandingan bina badan patuh syariah? Sebenarnya pertandingan sebegini sudah dianjurkan buat pertama kali pada 2016.
Kerajaan Kelantan akan mengekalkan konsep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 12 Oktober depan.
Menurut Exco Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Hamat berkata tidak sebagaimana pertandingan bina badan biasa, pertandingan itu akan menonjolkan para peserta berseluar panjang melebihi paras lutut, bahagian pusat ditutup dengan kain selendang dan bertanjak di kepala.

Wan Roslan berkata pihaknya masih menetapkan garis panduan dalam cara berpakaian sejak pertandingan itu pertama kali diadakan.
Antara kategori yang dipertadingkan dengan kerjasama daripada Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (PASAK) ialah:
1. Mr Awang Selamat Kelantan Bakat Baru (Tertutup)
2. Mr Awang Selamat Kelantan Pasak (Tertutup)
3. Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 kg ke bawah
4. Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 kg ke atas
5. Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka) 70 kg ke bawah
6. Mr Awang Selamat (Terbuka) 70 kg ke atas
Wan Roslan berkata setakat ini seramai 110 peserta mendaftar termasuk dari polis, tentera laut dan dari beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Beliau menambah penyertaan masih dibuka sehingga hari pertandingan.
Sumber: Awani
Begini rupanya kendali permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.