
Pertama Kali Muncul Dalam Rancangan Realiti Selepas 54 Tahun Aktif, Falsafah Hidup Atuk ‘Squid Game’ Ini Buat Ramai Terharu
Pertama kali muncul dalam rancangan realiti selepas 54 tahun aktif, falsafah hidup atuk Squid Game buat ramai terharu.
Sudah lebih sebulan ditayangkan, Squid Game masih lagi hangat diperkatakan dalam media sosial. Sehingga ia turut mendapat perhatian media negara pemimpin diktaktor Korea Utara, Kim Jong-un yang mendakwa ia adalah bukti kepada komuniti masyarakat Korea Selatan yang teruk.
Sudah aktif berlakon teater sejak 1967 ketika berusia 23 tahun dan kemudiannya mula tampil dalam filem dan televisyen, populariti Oh Young-soo sering diberikan watak sami sebelum ini mencanak naik selepas muncul sebagai seorang atuk tua yang menjadi peserta dengan nombor 001 dalam siri drama Squid Game.
Selama 54 tahun aktif sebagai anak seni, Oh Young-soo buat pertama kalinya muncul di rancangan realiti How Do You Play yang dijemput untuk temu bual esklusif bersama Yoo Jae Suk dan Mijoo daripada kumpulan K-Pop Lovelyz.

Tetap merendah diri biarpun popularitinya mencanak, Oh Young-soo sebenarnya terkenal sebagai salah seorang pelakon veteran yang menolak semua tawaran iklan komersial termasuklah iklan komersial jenama ayam goreng terkenal di Korea Selatan.
Mengakui terlalu ramai yang menghubunginya selepas Squid Game ditayangkan, Oh Young-soo berfikir menjadi terkenal adalah sukar kerana selepas ini beliau perlu berhati-hati bagaimana beliau menampilkan diri di khalayak ramai.

Semasa diminta untuk berkongsikan mengenai kepercayaan mengenai kehidupan yang sepatutnya, Oh Young-soo memberi respon,
“Masyarakat kita selalu memandang tempat pertama, seolah-olah yang lain tidak penting. Seolah-olah hanya tempat pertama yang ada dan tempat kedua tidak bermakna.
Tetapi, walaupun tempat kedua kalah di belakang tempat pertama, ia juga berjaya mengalahkan tempat ketiga. Oleh itu, setiap orang sebenarnya adalah pemenang.
Disebabkan itu saya berfikir pemenang sejati adalah seseorang yang berusaha keras untuk melakukan perkara yang mereka mahukan dan berusaha mencapai satu tahap tertentu.
Saya rasa itulah pemenangnya.”
Dalam banyak-banyak watak yang ada, watak Oh Young-soo sebagai Oh Il Nam mendapat perhatian meluas selepas plot twist mengenai wataknya didedahkan di penghujung episod siri ini.
Disangkakan turut serta dalam permainan tersebut, Oh Il Nam yang berjaya mengaburi mata semua orang ialah ‘tuan rumah’ dan dalang permainan tersebut. Di saat kematian menghampiri, watak Gi-hun lakonan Lee Jung-Jae ada bertanyakan kepada beliau mengapa beliau melakukan manusia seperti kuda.
Jawab Oh Il Nam kerana dalam kehidupannya yang kaya, dia memahami orang kaya dan orang miskin tidak bersenang-senang dalam kehidupan mereka. Jika seseorang itu terlampau kaya, sehingga satu masa berbelanja menjadi sesuatu yang membosankan kepada mereka.
Jadi kesemua kliennya mencipta permainan ini untuk semua orang mendapatkan keseronokan biarpun ia adalah pertaruhan nyawa manusia.
Baca lanjut di: Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’