Singapura Hukuman Mati Zoom

Pertama Kali Di Singapura, Hukuman Mati Melalui Aplikasi Sidang Video Zoom

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhkan hukuman mati di Singapura melalui sidang video Zoom atas kesalahan mengedar dadah, iaitu kes pertama di republik itu di mana hukuman mati dijatuhkan secara maya.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Punithan Genasan, 37, dijatuhkan hukuman itu secara dalam talian kerana kesalahan mengedar heroin pada 2011 berikutan Singapura masih di bawah perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut jurucakap mahkamah tertinggi Singapura, pendekatan itu adalah bagi mengurangkan risiko virus merebak di pulau itu, yang kini antara negara Asia mencatatkan kadar jangkitan tertinggi.

“Seiring dengan langkah bagi meminimumkan merebaknya COVID-19, mahkamah telah menjalankan perbicaraan termasuk perbicaraan berhubung jenayah secara terpencil,” kata jurucakap Mahkamah Agung dalam satu kenyataan di Singapura

“Untuk keselamatan semua pihak yang terbabit dalam prosiding, perbicaraan oleh Pendakwa Raya terhadap Punithan Genasan akan dilakukan secara persidangan video menggunakan aplikasi Zoom.

“Ini adalah kes jenayah pertama di mana hukuman mati dijatuhkan dari jarak jauh di Singapura,” katanya.

Singapura Hukuman Mati Zoom

Aplikasi sidang video Zoom menjadi semakin popular semasa perintah berkurung di seluruh dunia dan digunakan oleh semua kumpulan, bermula dari pelajar sekolah dan universiti hingga para pekerja untuk bermesyuarat.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia mengkritik penggunaan Zoom atas dakwaan boleh mengganggu proses keadilan, lebih-lebih lagi dalam kes membabitkan hukuman mati.

“Hukuman mati adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, dan penggunaan teknologi jarak jauh di Singapura seperti Zoom untuk menjatuhkan hukuman mati seseorang menjadikannya lebih buruk,” kata wakil Pengarah Human Rights Watch, Phil Robertson.

“Agak mengejutkan bahawa pendakwa dan pengadil begitu tidak berperasaan sehingga mereka gagal melihat seorang lelaki yang menghadapi hukuman mati mesti mempunyai hak untuk hadir di mahkamah, untuk melihat (secara langsung) dari pihak pendakwa,” katanya.

Namun, Fernando berkata beliau tidak membantah prosiding menerusi sidang video kerana hukuman yang dijatuhkan hakim boleh didengar dengan jelas dan tiada hujah dikemukakan.

Banyak perbicaraan mahkamah di Singapura ditangguhkan sepanjang perintah berkurung sejak awal April lalu dan dijadualkan berterusan hingga 1 Jun, sementara prosiding kes yang dianggap penting diadakan menerusi sidang video.

Sumber: CNN