Pertama Kali Dalam Sejarah, Malaysia Tiada Timbalan Perdana Menteri

Pertama kali dalam sejarah!

Menerusi siaran langsung pengumuman kabinet yang berlangsung hari ini, ada sesuatu yang mengejutkan rakyat Malaysia iaitu ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

BACA: Senarai Lengkap Jemaah Menteri Kabinet Baharu 2020

Sekiranya tiada Timbalan Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tiada?

Dengan adanya empat Menteri Kanan, maka ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah tidak menjadi masalah kerana keempat-empat ini akan membantu beliau menjalankan tugas termasuklah mempengerusikan mesyuarat kebinet semasa ketiadaan beliau dalam negara.

Siapa empat individu yang akan membantu Perdana Menteri?

1. Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Kanan Kabinet 2020
Sumber: The Star

2. Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Kanan Kabinet 2020
Sumber: FMT

3. Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof

Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Kanan Kabinet 2020
Sumber: The Star

4. Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Kanan Kabinet 2020
Sumber: The Malaysian Reserve

Muhyiddin Yassin diperkenan oleh YDPA sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 24 Februari lalu sehingga menyebabkan politik tanah air berada dalam keadaan tidak stabil.

Berita yang disampaikan oleh dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentara tadi mengesahkan beliau yang juga Presiden Bersatu itu sebagai pentadbir Malaysia yang seterusnya.

BACA: Muhyiddin Yassin Sah Diperkenan Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Pertama kali berlaku dalam sejarah.

Walaupun tanpa Timbalan Perdana Menteri, pentadbiran kerajaan Malaysia tetap masih boleh berjalan lancar dengan bantuan empat individu ini.