
Pertama Kali Bersemuka Dengan Keluarga Mangsa, Riak Wajah Pengganas Christchurch Tiada Rasa Bersalah
Sejak pertama kali ditahan, ini pertama kali Brenton Tarrant, penggans yang melakukan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch bersemuka dengan keluarga mangsanya.
BACA: Pengganas Christchurch Bakal Jalani Hidup Dalam Penjara Paling Kejam Di Dunia
Tindakan Tarrant yang menyebabkan 51 orang Islam terkorban itu turut disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Hakim Cameron Mander.
Dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, lelaki 29 tahun itu mencatat sejarah apabila menjadi individu pertama disabitkan kesalahan sebagai pengganas dan yang pertama dikenakan hukuman tanpa parol di Australia.
Masih lagi tidak jelas punca di sebalik kebencian yang dibina sehingga menyebabkan beliau sanggup melakukan jenayah kejam tersebut, suasana mahkamah menjadi sayu dengan kehadiran ahli keluarga mangsa yang terkorban semasa prosiding berlangsung, biarpun riak muka Tarrant kekal tenang tanpa riak emosi.

Beberapa ahli keluarga mangsa yang terselamat dan terkorban dibenarkan untuk memasuki kamar mahkamah bagi mengikut prosiding kes berkenaan. Malah ratusan yang lain dibenarkan untuk menonton menerusi penstriman secara langsung di tujuh kamar mahkamah dan secara dalam talian.
Tetap menjaga prosedur operasi standard seperti kuarantin diri dan penjarakan sosial, sesi terjemahan secara langsung kepada lapan bahasa juga disediakan bagi memenuhi keperluan masyarakat Muslim New Zealand yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Aden Diriye, bapa kepada mangsa korban paling muda iaitu Mucaad Ibrahim yang masih belum dapat melupakan apa yang berlaku memberitahu beliau tidak akan memaafkan Tarrant dan mahu beliau mengingati nama anaknya sepanjang hidupnya.
BREAKING: The shooter who opened fire at two mosques in Christchurch, New Zealand in 2019 has been sentenced to life in prison without the possibility of parole – the first such sentence in the country.
51 worshippers were killed that day and at least 40 were injured. pic.twitter.com/Anh83SvtJY
— AJ+ (@ajplus) August 27, 2020
Ada ahli keluarga lain yang menyifatkan Tarrant sebagai ‘anak syaitan’, pengecut yang tidak boleh dibiarkan bebas dan mahu beliau mereput di dalam penjara buat selama-lamanya.
Malah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sendiri menegaskan Tarrant perlu ‘didiamkan’ seumur hidup kerana trauma daripada tragedi tersebut tidak mudah untuk disembuhkan.
Tarrant sebelum ini telah mengaku bersalah melakukan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch.