Siti Kasim Jadual

Persoal Istilah Takwim, Ini Jawapan Padu Buat Siti Kasim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peguam dan aktivis yang terkenal dengan kelantangan bersuara, Siti Kasim sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila mempersoalkan istilah takwim yanng digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web mereka.

Melalui hantaran beliau di laman sosial Facebook, mempertikaikan penggunaan perkataan ‘takwim’ dan bukannya ‘jadual’ untuk penggal persekolahan 2020 yang dimuat naik di laman web kementerian berkenaan.

Siti Kasim Jadual
Sumber: Twitter

“Saya laungkan dengan kuat, apakah maksud takwim? Adakah ini bahasa Melayu? Apa salahnya dengan Jadual?

“Saya kagum dengan sifat keremajaan sesetengah fanatik agama dalam kerajaan kita. Dan mereka penuh dengan pilih kasih dan hipokrit,” tulis Siti Kasim di laman Facebooknya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10220568850994051&set=a.4887413945998&type=3&fref=mentions

Hantaran beliau itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya memperjelaskan kepada beliau perkataan ‘takwim’ telah lama diguna pakai sejak dahulu lagi. Seperti biasa, beliau mempertahankan pendiriannya mengatakan orang muda kini mudah menerima penyerapan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

Maka, ramai penggerak bahasa Melayu tidak kira di Facebook dan Twitter menerangkan kedua-dua istilah tersebut merupakan kata pinjaman bahasa Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan digunakan sejak sekian lama.

Apa yang menarik perhatian kami, doktor ini memberi jawapan ringkas tetapi padu berkaitan isu ini.

Siti Kasim Jadual
Sumber: FB

Lagipun, istilah takwim lebih sesuai kerana lebih khusus merujuk kepada susunan acara sepanjang tahun persekolahan (takwim persekolahan) manakala jadual pula lebih umum.