
Pernah Wujud ‘Wakanda’ Di Tengah-Tengah Hutan Amazon?
Filem Black Panther: Wakanda Forever kini sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh dunia.
Seperti yang telah ditonjolkan dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum ini, Wakanda merupakan sebuah negara moden yang tersembunyi secara rahsia.
Menariknya, para saintis baru-baru ini juga telah menemui bandar tersembunyi seakan-akan Wakanda di tengah-tengah Amazon.
Seorang pengguna Facebook, Al Irfan Jani telah membuat satu perkongsian yang menarik mengenai penemuan ini melalui hantarannya berikut.
Adakah ini juga bermakna superhero ala-ala Black Panther juga sebenarnya wujud satu masa dahulu?
Boring asyik cerita politik saja, jom story sains sikit. Sempena filem Wakanda (bandar hebat yang hilang/tersembunyi) akan datang ni, jom Ifan kongsi sikit info menarik tentang idea The Lost City. Ada penemuan terbaru saintis mengenai hutan Amazon baru-baru ni.
1) Saintis ‘scan’ hutan tu dari atas guna teknologi Lidar. Terzahir sistem saliran air yang tersusun di bawah tanah. Inilah permulaan yang menarik minat beribu saintis beralih ke Amazon.
2) Saintis realized (sedang dibuktikan) yang 30 juta manusia pernah hidup di hutan Amazon, tetapi mereka SEMUA mati kerana suatu wabak.
3) Struktur geologi Amazon, seperti susunan pokok, sungai, bukit, seolah-olah buatan manusia (macam kolam lombong).
4) Terdapat piramid di bawah tanah Amazon. Jika dikorek lagi, kita akan dapati saiznya sebesar piramid di Mesir.
5) Maka, bolehlah kita bayangkan betapa logiknya generasi “Adam Sebelum Adam,” yang Allah mention dalam Al-Quran, di mana malaikat bertanya kepada Allah (Al-Baqarah ayat 30),
“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah…”
Malaikat pun tahu manusia ni pernah wujud sebelum The Last Adam (nabi kita).
6) Seramai 30 juta Amazonian yang pernah hidup tu, bayangkan, ada 350 etnik, siap dibahagikan kepada 9 sistem pemerintahan politik. Padu punya sistematik.
7) Dalam masyarakat ‘moden’ (ketika itu), punnnnn dikatakan ada 3,344 orang asli’ = bersamaan 9% populasi dari 60 grup yang hidup terasing. Punyalah detail kiraan manusia tu, kira-kira pembuktian tu ada dalam kajian jurnal berlainan.
TAK SANGKA, kan, zaman tu pun ada orang asli. Maknanya, ada berapa punya Adam lagi sebelum Adam punya Adam punya Adam….
8) Nanti nak tonton filem Wakanda tu, hati-hati dengan idea Feminisme dan eljibiti yang diangkat dalam movie, di mana perempuan dilantik jadi pemimpin, dan dominon dalam pemerintahan.
9) Boleh jadi, idea Feminisme dalam filem tu pun adalah realiti kepada idea De-generation (berkurangnya populasi), akibat terhasilnya penyakit dari hubungan sejenis. Kalau tengok poster movie ni, bolehlah dapat ‘tangkap’ idea dia.
Sekian. Kalau nak Google, search “Amazon Lidar.”
P.s = Sebenarnya, aku tulis nama ‘Ifan’ tu, sebabnya teks ni cuma untuk bacaan dalam grup Famili aje mulanya. So, aku copy paste aje lah kat sini. Tadi boring cerita politik kan? Tapi masuk balik bab politik. 🤣🤣
BACA: Arkeologi Temui Bandar Rahsia Tamadun Inca Di Hutan Amazon