Pelancong Asing Rusia Scammer

Pernah Tular Terkandas Di Temerloh Sebab PKP, Netizen Dedah Backpacker Rusia Ini Rupanya ‘Scammer’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebelum ini, seorang pelancong asing dari Rusia tular di media sosial pada bulan lalu kerana memegang kadbod memohon bantuan makanan dan kehabisan wang di hadapan sebuah restoran makanan segera di Temerloh telah mendapat bantuan polis disebabkan terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut pihak polis, pelancong asing yang juga seorang jurutera kargo telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk pemeriksaan kesihatan dan saringan COVID-19, kemudian diuruskan penghantaran ke kedutaan Rusia di Kuala Lumpur untuk dihantar pulang ke negara asal.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sekali lagi di media sosial dikatakan pelancong asing ini dilihat kembali di Tesco Putra Nilai.

Jika sebelum ini, jurutera Rusia yang bermana Maxim La berseorangan memegang kadbod, kali ini dirinya ditemani seorang kawan dengan memegang kadbod bertulis, “We can’t go home and have no money. We need a food”.

Pelancong Asing Rusia Scammer
Sumber: FB

Seorang pengguna Facebook, Fadhil Waynie mendedahkan pelancong berkenaan sebenarnya seorang scammer. Menurutnya pelancong tersebut didakwa menggunakan modus operandi yang sama dengan alasan terkandas di Malaysia akibat PKP.

Perkongsian itu berdasarkan hantaran Nor Sknhkyna yang menyatakan terdapat dua orang pelancong yang terkandas tiada wang dan tempat tinggal duduk di kaki lima sebuah pasaraya di Nilai, Negeri Sembilan. Berdasarkan gambar yang dimuat naik, wajah pelancong tersebut mirip dengan pelancong yang terkandas di Temerloh sebelum ini.

Menurut Fadhil, setelah backpacker tular itu dibawa ke kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, dia dikatakan telah bermalam di sebuah rumah tumpangan milik seorang wanita warga Rusia. Fadhil mendakwa bahawa wanita Rusia itu telah membongkar kegiatan kotor lelaki berkenaan yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang Malaysia.

Katanya lagi, lelaki berkenaan dikatakan telah berjumpa dengan dua orang rakannya untuk meneruskan perjalanan ke Port Dickson dan menggunakan modus operandi yang sama untuk mengemis dari rakyat Malaysia yang banyak menolongnya.

Perkara ini telah meremuk hati netizen kerana orang luar sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan rakyat tempatan.

TERKINI: Dilaporkan kes ini telah mendapat perhatian PDRM Nilai.

Sumber: Fadhil Waynie