ahli kwsp

Pernah Terfikir Daftarkan Anak Sebagai Ahli KWSP? Ini Caranya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Tapi tahukah anda bahawa anda boleh daftarkan simpanan KWSP kepada anak anda pada usia muda lagi?

Inilah yang dikongsikan oleh Mo Ameen. Jom baca perkongsian beliau.

Boleh jadi ahli KWSP seawal umur 14 tahun

2 orang anak saya yang sulung dan nombor 2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).

Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.

ahli kwsp

Pendaftaran pula boleh dibuat di kiosk KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kiosk yang sama.

Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.

Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.

Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022.

ahli kwsp

i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela. Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.

Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2,500.

Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.

Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna 😃😃. Sekian!!

BACA: Ramai Yang Masih Keliru, Ini Beza Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP

Sumber: Mo Ameen