Empat Tahun Menyamar, Penipuan Doktor Palsu Lulus Darjah 5 Ini Akhirnya Terbongkar 1

Pernah Pimpin Kem Perubatan, Penipuan Doktor Palsu Lulus Darjah 5 Ini Akhirnya Terbongkar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Empat tahun menyamar, penipuan doktor palsu yang pernah pimpin kem perubatan dengan kelulusan darjah lima akhirnya terbongkar.

Siapa sangka kisah fiksyen yang selama ini kita tonton di kaca televisyen sebenarnya wujud di dunia realiti.

BACA: Ramai Dapat Keputusan Luar Biasa, Rupanya Kantoi Menipu Jawab Ujian Untuk Jadi Guru

Seorang lelaki dari India berjaya menipu ramai orang sepanjang empat tahun dengan memalsukan kelulusannya dalam bidang perubatan termasuklah beberapa sijil kedoktoran.

BACA: Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula Londehkan Kebenaran Kelulusan Zahidi

Sepanjang bergelar doktor palsu, Veeragandham Teja bukan sahaja dilaporkan telah berkhidmat di 16 buah hospital, malah pernah pimpin di kem perubatan dan sukarelawan untuk pekerja migran ketika wabak pandemik COVID-19 melanda.

Operansi penipuan beliau yang sebenarnya hanya berkelulusan darjah lima itu berjaya dibongkarkan apabila isteri keduanya melakukan laporan polis selepas didera secara fizikal dan mental oleh Teja.

Hasil siasatan lanjut, satu demi satu penipuan beliau didedahkan.

Empat Tahun Menyamar, Penipuan Doktor Palsu Lulus Darjah 5 Ini Akhirnya Terbongkar
Sumber: Indian Express

Bagi mengelakkan status penipuannya diketahui, Teja telah mengambil kelas perubatan asas malah sepanjang empat tahun ‘berkhidmat’ dalam bidang kedoktoran, tiada masalah yang didatangkan beliau kepada pihak atasan.

Sedang berada dalam tahanan dan menunggu untuk dibicarakan, kisah Teja mendapat liputan meluas media kerana berjaya menutup jenayahnya sehingga sukar dihidu sesiapa.

Baru berusia 23 tahun, Teja yang bijak mengatur strategi penipuannya dilaporkan pernah terlibat dalam penipuan melibatkan hartanah dan kewangan dengan nama lain seperti Avinash Reddy, Teja Reddy dan YS Teja.

Malah beliau turut didakwa pernah menipu mengaku sebagai keluarga dekat Ketua Menteri Andhra Pradesh, YS Jagan Mohan Reddy.

Sebelum ini, media pernah melaporkan hampir separuh daripada juruterbang di Pakistan tidak mempunyai lesen penerbangan yang sah. Baca lanjut DI SINI.