
Pernah Gagal Add Maths SPM, Tapi Akhirnya Lelaki Ini Jadi Profesor Matematik Di Kanada!
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam menyaksikan ramai ibu bapa turut berbangga dan berebut-rebut berkongsi pencapaian anak masing-masing di media sosial.
Tidak dinafikan, ramai juga yang kecewa kerana ada di kalangan anak mereka tidak berjaya menepati sasaran, malah ada juga yang terkandas di tengah jalan.
Perlu diingatkan, kegagalan tersebut bukanlah penentu segala-galanya dan tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar di masa depan.
Ramai yang tidak menyedari, di media sosial juga terdapat banyak kisah kejayaan yang dicapai oleh individu yang pada asalnya tidak memiliki keputusan SPM yang cemerlang.
Satu contoh kisah teladan yang wajar dijadikan iktibar ialah mengenai seorang profesor Matematik di Kanada yang pada mulanya telah gagal dalam mata pelajaran Matematik Tambahan SPM atau dahulunya MCE (Malaysian Certificate of Education).
Kisah ini dikongsikan oleh Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar yang sering membuat hantaran-hantaran menarik dan menulis mengenai kisah-kisah positif di laman Facebooknya. Di ruangan komen, pengguna-pengguna Facebook yang lain juga turut berkongsi beberapa lagi kisah positif mengenai SPM.
Semoga perkongsian dari Zainuddin Omar ini dapat dijadikan pendorong dan pembakar semangat untuk adik-adik yang kecewa dengan keputusan SPM semalam. Ayuh, bangkit kembali!
Setiap kali selepas peperiksaan SPM saya akan ceritakan berkenaan sahabat saya Iqbal Husain.
Beliau classmate saya dari Tingkatan 1 di High School Muar sehingga Tingkatan 5 di SM Sains Johor, Kluang.
Semasa MCE (SPM sekarang) beliau mendapat F9 (fail) dalam mata pelajaran Additional Mathematics.
Sekarang beliau ialah Professor of Mathematics di Luther College, University of Regina, Canada.
Pengajian beliau dalam mathematical modeling of blood flows in arteries.
Moral of the story.
Jika anda bertemu kegagalan bukan bermakna untuk give up dan berhenti.
Ianya juga bukan bermakna anda akan gagal seumur hidup.
Anda hanya sedang melalui satu fasa pengenalan diri untuk menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat.
Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain.
Kembali bangkit kerana ada hikmah di sebalik kegagalan.
Masing-masing ada rezeki yang Allah anugerah dengan jalan tersendiri.
Jika anda terjatuh gagal, berusahalah kembali jangan putus asa kerana semua itu yang akan beri anda pengalaman dan kenangan manis kemudian hari nanti.
“Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts,” kata orang Parit Jawa.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
* Iqbal berdiri di kanan sekali.
——
Berikut merupakan beberapa komen yang diterima dari warganet:
Setuju tuan haji. Saya sendiri result SPM tak bagus, walau belajor di MRSM. Sayu je tengok rakan-rakan yang terpilih ke Matrikulasi, yang buat A level, yang masuk American Associate Degree… peh tu MARA hantor ke universiti oversea. Tapi saya bangun balik, sedar yang saya tak cemerlang dalam subjek sains. Buat form six sastera. STPM tip top. Jadi pensyarah akhirnya. Kenali potensi diri. Then use it to the max.” – Nurul Aedrus
“Hahahaha..saya faham. Saya dulu menyampah cikgu add math dan selalu diperbodohkan dalam kelas. SPM dapat C6. Tak pernahnya markah lebih 30 masa exam. Sampai US, Alhamdulillah senang pulak nak faham, saya minor Math..dok fikir-fikir zaman sekolah memang rasa dungu je.” – Sariyah Ismail
“Hahah…Saya F9 lukisan kejuruteraan. Elok je ada PE and PhD. Macam pelik ye jugak Tuan. Tak da turning point, cuma kadang-kadang tak dapat tangkap masa SPM pastu belajar macam biasa je la..” – Kamarul Anuar Mohamad Kamar
“Rakan sekerja saya mempunyai sejarah ambil SPM sampai 6 kali sebab BM tak credit. Bangkit dari kegagalan, beliau sekarang Guru Cemerlang BM dan seorang Munsyi Dewan!” – Shahriza Inna Shahrom
“Sama macam sorang kawan saya tuan haji. SPM Gred 3. Minta rayuan naik ke Tingkatan 6 pertengahan tahun baru dapat masuk.. STPM dapat 5P. Sekarang M54 pegawai tinggi kerajaan. Gagal yang sebenar apabila kita gagal bangun daripada kegagalan. Tetapi kejayaan yang sebenar apabila kita berjaya keluar daripada kegagalan.” – Kelab Peminat Amran Incikboss
BACA: Wajarkah Pelajar Cemerlang Diraikan? Perlukah Untuk Jaga Perasaan Pelajar Yang Lain?
Sumber: Facebook Zainuddin Omar