Pernah Dominasi Industri Fotografi, Kodak Kini Bertukar Arah Jadi Pengusaha Farmaseutikal

Kodak Syarikat Farmaseutikal

Lebih 100 tahun dalam pasaran, Kodak pernah mendominasi pasaran fotografi secara meluas. Diasaskan oleh Goerge Eastman pada 1892 menjadi sebuah syarikat yang menghasilkan kamera analog.

Namun syarikat gergasi dari Amerika Syarikat (AS) yang menguasai 70 peratus pasaran dunia ini terpaksa akur kepada kemajuan teknologi dan kedegilan pengurusan yang mengambil langkah kiri.

Antara sebab kejatuhan jenama ini ialah persaingan sengit daripada jenama dari Jepun, Fujifilm, kegagalan bersaing dengan kemajuan dunia digital dan tersalah labur dan pernah difail bankrap pada 2012.

Kodak pernah mencuba memasuki pasaran kamera digital tetapi kurang mendapat sambutan seperti zaman kegemilangannya.

Tidak terhenti di situ, Kodak kini bangkit semula untuk mengekalkan jenamanya tetapi bukan dalam industri fotografi. Kodak bakal menjadi pengusaha farmaseutikal di tengah pandemik COVID-19 dengan bantuan pinjaman kerajaan Amerika Syarikat sebanyak AS$765 juta untuk membuka cawangan farmasi pertama yang diberi nama Kodak Pharmaceuticals.

Kodak Syarikat Farmaseutikal

Difahamkan, pinjaman itu dibawah Akta Pengeluaran Pertahanan yang digunakan Trump untuk membiayai pengeluaran ventilator, pelitup muka dan peralatan perubatan lain termasuklah hydroxychloroquine yang didakwa berkesan merawat virus COVID-19.

Penubuhan syarikat farmaseutikal itu akan memiliki kapasiti penghasilan 25 peratus bahan farmaseutikal aktif ubat generik yang diperlukan bagi kegunaan majoriti farmaseutikal non-biologic dan non-antibacterial di negara itu.

AS menghasilkan kurang daripada 10 peratus bahan farmaseutikal aktif untuk ubat-ubatan yang terjual, manakala lebih dari 50 peratus dihasilkan di India dan China.

Justeru, menerusi transformasi Kodak ini dapat memberi jaminan lebih banyka ubat-ubatan akan dihasilkan secara domestik tanpa perlu bergantung kepada negara luar.

Sebelum Kodak, AS juga pernah membuat pelaburan kepada Fujifilm bagi penghasilan vaksin dengan peruntukan sebanyak $265 juta. Selepas keputusan itu diumumkan Trump, harga saham Kodak melonjak tiga kali ganda yang menyaksikan lonjakan sebanyak 40 peratus.

Sumber: Mashable SE Asia