
Permohonan Bermula 21 Disember, Ini 2 Kategori Ahli Yang Layak Mohon i-Sinar
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan semalam telah mengumumkan dua kategori ahli yang layak memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar.
BACA: Syarat Dan Cara Permohonan Pengeluaran i-Sinar Daripada Akaun 1 Sehingga RM60,000
Kategori 1 Permohonan i-Sinar
kategori 1 adalah ahli yang belum mencapai umur 55 tahun. Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan.
Kelulusan akan diberi secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurangnya dua bulan berturut semasa permohonan
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyk 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020
Kategori 1 membabitkan ahli yang:
- bekerja sendiri,
- bekerja dalam sektor ekonomi gig,
- yang hilang pekerjaan,
- suri rumah
- diberi notis cuti tanpa gaji
- hilang sumber pendapatan
Kategori 2 Pemohonan i-Sinar
Kategori 2 permohonan i-Sinar adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020.
Dokumen yang diperlukan:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank
Permohonan i-Sinar boleh dibuat
Permohonan semuanya secara online menerusi isinar.kwsp.gov.my
Kategori 1 – Bermula 21 Disember 2021
Kategori 2 – Bermula 11 Januari 2021
Bayaran i-Sinar akan dibuat
Bermula pertengahan Januari 2021. Amaunnya adalah seperti berikut:
Sebelum memohon i-Sinar
- Daftar dahulu nombor telefon di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaranmasih aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama
Trending now



