Permohonan Bergerak Dari Kampung Boleh Dilakukan Secara Dalam Talian Bermula 25 April

Permohonan Bergerak Dari Kampung Boleh Dilakukan Secara Dalam Talian Bermula 25 April Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Permohonan bergerak dari kampung boleh dilakukan secara dalam talian bermula 25 April ini.

Dalam sidang media hari ini, Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat Malaysia yang berada di kampng dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlulah melakukan permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Permohonan yang boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi GerakMalaysia atau di balai polis berhampiran itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka yang berhajat mahu melakukan permohonan di balai polis perlulah membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan berlaku di balai polis.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan

Setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bergerak bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan perancangan dengan mengemukakan senarai nama, berapa jumlah ahli keluarga, lokasi tempat untuk dituju, zon kawasan dan sebagainya.

Menteri Langgar PKP

Sejak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 mac lalu, rakyat Malaysia hanya dibenarkan keluar rumah bagi tujuan tertentu sahaja dan beradius dalam 10km ke bawah.

Menurut laporan tiga hari lalu, jumlah mereka yang ingkar arahan PKP pada fasa ketiga ini meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menghapuskan denda kompaun RM1,000 kepada ditahan, direman dan terus dihadapkan ke mahkamah.

BACA: Corak Kes COVID-19 Di Malaysia Dan Itali Adalah Sama – Kajian

Sikap sambil lewa rakyat Malaysia membimbangkan ramai pihak ekoran kajian kumpulan pengkaji daripada Research for Social Advancement Centre (REFSA) yang memaklumkan corak corak peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia adalah hampir sama dengan corak kes di Itali.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Berita Harian