cats

Permohonan Aliff Syukri Untuk Jawatan Perdana Menteri Ke-9 Malaysia Buat Netizen Terhibur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aliff Syukri sebagai Perdana Menteri?

Semalam, Tan Sri Mahiaddin Yassin secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 selepas diperkenan dan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020.

BACA: Muhyiddin Yassin Dedah Pernah Disingkirkan Daripada Kerajaan Hanya Kerana Bercakap Benar

Keputusan perletakan jawatan itu dibuat selepas beliau hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Muhyiddin Yassin Terima Ucapan Tahniah Daripada Trump, Bincang Kerjasama Antara 2 Negara
Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Dalam satu kenyataan Istana Negara semala memaklumkan bahawa Yang Dipertuan Agong perkenankan beliau meneruskan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Dalam pada rakyat berteka-teki siapakah yang akan naik sebagai pengganti Tan Sri Mahiaddin Yassin, satu hantaran daripada Dato’ Sri Aliff Syukri menjadi tumpuan, iaitu permohonan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Ke-9 Malaysia.

Permohonan Aliff Syukri Untuk Jawatan Perdana Menteri Ke-9 Malaysia Buat Netizen Terhibur 2
Sumber: IG @aliffsyukriterlajaklaris

Biarpun tahu yang hantaran itu hanyalah sekadar selingan hiburan, namun di ruangan komen ada yang menyokong sekiranya ia benar-benar berlaku.

Malah respon daripada ibu Dato’ Aliff sendiri mengundang reaksi lucu daripada netizen.

Permohonan Aliff Syukri Untuk Jawatan Perdana Menteri Ke-9 Malaysia Buat Netizen Terhibur 1
Sumber: IG @aliffsyukriterlajaklaris

Terdahulu, Tan Sri Mahiaddin pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana mempersoalkan 1MDB.

Dalam ucapan di Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada 3 Septeber 2020, Muhyiddin menegaskan beliau tidak sesekali melanggar prinsipnya demi mempertahan sesuatu kemungkaran.

Integritinya tidak akan diperdagangkan semata-mata untuk menjaga kedudukan dan pangkatnya kerana inilah kwajipan beliau kepada Tuhan dan amanahnya kepada rakyat.

“Yang benar tetap benar. Yang batil tetaplah batil. Saya pernah disingkir daripada kerajaan kerana mempertahankan kebenaran. Tidak mungkin saya membenarkan kebatilan bila mana saya berada semula dalam kerajaan.”

Baca lanjut di: Muhyiddin Yassin Dedah Pernah Disingkirkan Daripada Kerajaan Hanya Kerana Bercakap Benar