
Permainan Video ‘Hyper Scape’ Tampil Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia
Permainan Video ‘Hyper Scape’ Tampil Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia
Jarang sekali kita melihat wanita dari Asia Tenggara atau secara spesifiknya, Malaysia hadir dalam permainan video.
Sebelum ini, hanya menampilkan unsur-unsur Malaysia tetapi dalam permainan yang akan datang dari Ubisoft ini bakal menampilkan watak 100 peratus rakyat Malaysia.
BACA: Kenali ‘Sun Bird’, Adiwira Pertama Malaysia Dalam Permainan Video Marvel Future Fight
BACA: Anak Tempatan Hasilkan Permainan Realiti Maya Inspirasi Kisah Wira Lt. Adnan
Ubisoft, syarikat dari Perancis menampilkan Hyper Scape, sebuah permainan video battle royale baharu mereka.
Menurut The Star, dalam permainan video tersebut akan menampilkan karakter wanita bertudung dari Malaysia.
Kenapa kami menyebutnya dari Malaysia kerana Ubisoft telah menamakan karakter terbabit sebagai Noor Casulink atau nama sebenarnya Noor Azimah Yusof, berusia 23 tahun dan berasal dari Pekan, Pahang.
Menerusi Hyper Scape Wiki, karakter Noor ditampilkan dengan sut berwarna kelabu dan oren serta turut memakai tudung gaya turban berwarna merah. Beliau juga adalah pempengaruh di media sosial.
Difahamkan, permainan video ini berlatarbelakangkan tahun 2054 dan setiap karakter perlu bertempur untuk mendapat kemasyhuran dan kekayaan. Pada akhir permainan ini, hanya seorang pemain yang akan menang.
Selain Noor, turut ditampilkan karakter dari negara lain seperti Niro Takeshi; Jepun, bekas alter Kehinde Adichie dari Nigeria serta juruterbang Josephina De La Cruz dari Chile.
Penampilan karakter wanita Malaysia dalam permainan video tersebut membuatkan ramai yang teruja dan berbangga.
Setakat ini, Hyper Scape masih belum dilancarkan sepenuhnya tetapi anda boleh menyertai permainan ujian PC dengan menonton livestream di Twitch. Ia dijangka turut dilancarkan di PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.
Sumber: The Star
Trending now



